Tuesday, August 24, 2010

12. mElangkah aLam peKerjaan...



tak lama tamat pengajian aku di UUM...aku mendapat kerja yang jauhnya hanya 10 minit dari rumah ku...ku rasa sangat beruntungnya kerana tak perlu mengharungi jem dan sebagainya...

aku bekerja di syarikat pengeluaran batu bata/blok, dimiliki oleh beberapa org bangsa Cina dan masa tu Pengurus Admin nya En Nik, GM nya Mr WOng...sangat garang mulanya, pasal aku sesangat2 fresh dah tak tau apa apa...

rasa tak mengambil masa yang lama utk aku pickup semua maklumat yg diperlukan kerana masa tu memang semangat keje tu memang kuat sangat, dari Acct exec aku dinaikan ke Admin Mgr dlm beberapa tahun disitu. Banyak pengalaman yg aku timba esp GM aku yg suka aku ajar benda2 baru dan aku appreciate dia pasal dia yg ajar aku guna Lotus ngan Word Star...

disitu sebenarnya tempat aku mula mencari tapak utk lebih maju dan berbagai perubahan yang dialami oleh syarikat seperti diambil alih oleh beberapa pihak tertentu, mengalami proses perpindahan, pembelian mesin baru dan macam2 lagi..aku leh bertahan lebih kurang 6 tahun..dan terpaksa mengundurkan diri secara terhormat dek kerana kemasukan pengurusan pengeluaran yang baru lulusan luar negara telah mencabar kewibawaan profesion ku...ahhhh tak pe la klu kita mengalah dari kita merana mengikut kehendak mereka yang tidak sesuai ngan hati dan jiwa kita..

pengalaman yang manis kerana aku berjaya melaksanakan sistem perakuanan yg baru bagi syarikat dan berjaya di implementasikan...alhamdulillah...

*****

aku kemudiannya beralih arah menuju ke syarikat pengilangan juga tapi kali ini ubat2an juga, yg mulanya dimiliki oleh sepasang doktor dan PKNP...

keadaan syarikat tidak sangat kukuh tapi bertahan gak la sehingga aku melahirkan anak yang ketiga..diam tak diam ada gak 3 tahun aku kerja disitu, oleh kerana kekangan kewangan maka aku sekali lagi mencari arah len utk terus maju..

makro ketika itu tersangat fames, ada satu cawangan di shah alam dan akan dibuka diselayang dan apa lagi aku terus mencuba nasib dan alhamdulillah berjaya di employed. Training dilakukan di shah alam dan terpaksa lah aku ulang alik selama 2 minggu...hmm baru terasa nikmatnya klu keje dekat ngan umah..bersukur sangat kerana dlm training kami dapat g jogjakarta utk wat lawatan sambil belajar selama 5 hari...merasa ga la keluar negara org walau pun dekat..

senario bekerja dimakro sangat berlainan kerna ia banyak berurusan ngan trading dan most of it cara mengawal barangan, beribu sku dan yang paling mencabar bila kena settlekan signages bila ada promosi, mana lagi nak print label..hmmm pengalaman baru, disamping buat "stock take" setiap dua minggu selepas closing... Yang tersangat mencabar bila mengendalikan "year end stock take" utk julung kalinya bagi semua barangan, kira tutup kedaila...dari jam 8 hingga 5 ptg, (selalu tu kami buat dua minggu sekali bila waktu operasi harian tamat...kadang tu habis jam 2-3 pagi)...alhamdulillah tem tu kami yang terpantas compare ngan shah alam n johor..

banyak kenalan dan yg nk berkenalan, almaklum la sbb nak beli barang kat situ nak kena ada kad ahli, dan nak buat kad ahli kena ada pendaftaran syarikat pulak, so banyak la yang men pintu belakang nak dptkan kad...tujuan ada kad keahlian ni supaya dapat makro menghantar phamplet promosi bulanan...mmg very2 costly tapi itulah strategi mereka...

****

aku mcm biasa gak bila dah meraih semua pengalaman kat situ mula la jinak2 mencari tempat len lak...aku pun sesaja ler mendaftar diri diagensi pekerjaan...dan alhamdulillah ada syarikat yang berkenan nak ambik aku kerja...pejabatnya dishah alam dan anak syt PKNS...maka bermula kerya aku di syarikat koperat...hehehe, sbb sebelum ni semuanya mmg betul2 private...kali ni semi gomen yg memang byk protokolnya...

mula2 tu susah gak la nk adjust, maklum la dah biasa nk cepat je...

mula masuk agak terkejut gak la sbb..akaun bulanan x de, tahun lepasnya pun x de, bank rec apa lagi mmg tak buat, dan best part dia engage company len wat akaun...(konsultan),..ehhh mcm ada tak kena lak..

fes aku nya assignment apa lagi wat akaun ler...bertafakur sebentar mencari ilham mcm nak mula..

aku kumpulkan semua payment voucher yg ada dan aku start cek filing nya dan mula utk mengetip datanya dlm pc...one by one...huh jenuh gak sbb wat sorang2...nk arap staf len aku sendiri x tau nk suruh apa kn...so abis ngan itu aku mula cari cek bud ngan bank statement dam mula la me reconsile satu2....wow 3 bulan alhamdulillah settle utk setahun nya urusniaga...peliknya bila dah aku wat semua tu...dapat la semua kos operasinya...tapi kan, aku mmg x de pengalaman nk wat akaun utk pembinaan so ??? paham2 ler...mana aku nk belajar ni nak cari revenuenya pulak...apa lagi koreklah akaun lelama...dan belajar dari situ...sukarnya kerana aku keje sorang2 dan x de support utk dapat maklumat, kena mengendeng dan mmg kena banyak sabar...

akhirnya aku berjaya melaksanakan mission aku...dlm masa 6 bulan pertama berjaya membuat cleaning dan seterunya laporan bulanan...

kat sini aku belajar dengan masalah union, biasala ada yang suka dan tak, kebetulan kontraknya nk abis so bila nk wat renewal kena wat rundingan...

pengalaman baru bagi aku...berlanjutan pekerjaan disitu selama lebih kurang 6 tahun juga...sesudah mengenal mereka yg di PKNS jua...so suka duka dan asam garam disini pun tak kurang juga....

**********
sesudah tamat tempoh melebihi 5 tahun, seperti kebiasaannya juga la aku mengalih arah...sekali lagi mendaftar di agensi pekrjaan, dan nasib juga menyebelahi aku kerana ada syarikat milik Bumiputera yang ingin menggajikan aku....so beralih kerusi lagi...