cepatnya waktu waktu berlalu...adakah dek kerana usia semakin, jadi kita merasakan masa berlalu dengan begitu pantas, sedangkan masa 24 jam sehari yang ada tidak berubah walau sesaat....Allahu Akbar...hari ni jalan sangat lengang...maklum cuti hari Wilayah ...
Selawat dan salam keatas baginda Rasulullah saw, keluarga dan para sahabat..Ya Allah Engkau kuatlah minda dan qalbuku untuk sentiasa mencintai baginda, seronok mempelajari sirahnya dan mampu mengikut sunnah baginda....
...nikmat ujian Mu sangat menebal yang menguji kesabaran..kesabaran tidak ada batas, yang ada cuma ketebalan emosi amarah dan kecemburuan keduniaan..masyaAllah bantu kami hamba2Mu untuk sentiasa berada dalam kesabaran dan keikhlasan sanubari...
...perancanganMu yang Allah yang Maha Baik, Engkau mengetahui segala yang kami tak mampu untuk memikirkan..aku hanya mampu untuk menyerahkan diriku dan anak2ku di bawah perlindungan Mu...
...Rabiul Awal melangkah lalu...Alhamdulillah program yang direncana di tempat tinggalku berjalan dengan lancar, bermula dengan pemberian minum pagi dan dilanjutkan dengan perarakkan keliling kampong...ramai juga yang turut serta...semangat kecintaan pada Rasulullah saw...yang seronok bila sambut menyambut laungan selawat..siap berkompang bergendang...
...selesai perarakkan...kami sambut dengan majlis bercukur jambul...mulanya yang mendaftar hanya 7 bayi sahaja...bila saat majlis dimulakan dah bertambah jadi 13 pulak..alhamdulillah, ada juga yang ber"akiqah"...syukur Ya Rabb...kesedaran ini masih ada dikalangan kami.. meriahnya majlis, kerana setiap peserta kami syaratkan membawa bunga telor yang tidak berisi telor sendiri...so boleh nampak kepelbagaian krietiviti masyarakat kampong...disudahi dengan makan tengahari...cukup memuaskan dan alhamdulillah kerana makanan yang dihidangkan pun sedap-sedap....
...untuk sekelian kalinya, cuti Maulidulrasul ini bersambung dengan cuti Thaipusam so agak panjang juga...dua hari sebelum maulid aku dah MC dua hari, demam selsema...masa cuti ni anak2, menantu dan cucu pun ada...Ya Allah nikmatnya berkeluarga...aku sangat merasa bahagia atas kurniaan Mu ini...berkesempatan kami semua duduk sama-sama...dan aku habiskan masa bersama mereka...sempat juga round tengok wel wel sambil mendukung cucu...
...rupanya Allah bagi kegembiraan tidak berpanjangan...adakalanya rasa jua kesedihan atas kepelbagaian alasan jua...entah apa lagi rasa...yang penting Ya allah..pandu aku untuk meneruskan kehidupan ini ...kami mohon kehidupan yang husnul khotimah dan pengakhiran yang husnul khotimah jua...
gambar2 semasa sambutan Maulidurrasul dan santai bowling bersama anak cucu...
sElinGkar kIsah keHidupaN
Thursday, January 31, 2013
Sunday, January 20, 2013
37. huJung miNggu yang BerLalu
subhanallah....syukur alhamdulillah masih diberi kekuatan dan keupayaan untuk bernafas dan bergerak...diuji dengan demam dari hari Jumaat hingga saat ini...
kejutan hari Jumaat masih terasa...aku disingkirkan dan aku juga dijadikan sebab musabab pergolakkan...aku diberitahu bahawa teman ku telah mengalami gangguan kesihatan...BPnya sangat tinggi hingga muntah2...dan diberitakan telah masuk wad...ahhh adakah kerana aku bencana ini terjadi...Ya Allah...Engkau ampunilah dosa2 ku andai ianya benar...banyak sangat dosa ku yang menyebabkan tidak disenangi oleh hamba2Mu yang lain...astagfirullah hal'azim.
ku lalui hari2 ku dengan perasaan tidak enak...Allahu Akbar...pengisian masa dengan aktiviti yang Allah sendiri merencanakan...membantu pengurusan jenazah...menghadirkan diri majlis walimatulurus..perjumpaan dengan kenalan lama..menghadiri majlis ilmu...alhamdulillah Ya Allah kerana pengisian waktu itu dan semuga Engkau redhai..
terasa kekosongan dalam hati...sunyi...dan macam2 perasaan...aku hanya bisa melihat empat dinding dan siling rumah yang membisu..tak tertahan mengalir air jernih dipipi..membasahi bantal ku...terngiang2 lagu Alleycats ditelinga ku...
andainya aku pergi dulu....
kejutan hari Jumaat masih terasa...aku disingkirkan dan aku juga dijadikan sebab musabab pergolakkan...aku diberitahu bahawa teman ku telah mengalami gangguan kesihatan...BPnya sangat tinggi hingga muntah2...dan diberitakan telah masuk wad...ahhh adakah kerana aku bencana ini terjadi...Ya Allah...Engkau ampunilah dosa2 ku andai ianya benar...banyak sangat dosa ku yang menyebabkan tidak disenangi oleh hamba2Mu yang lain...astagfirullah hal'azim.
ku lalui hari2 ku dengan perasaan tidak enak...Allahu Akbar...pengisian masa dengan aktiviti yang Allah sendiri merencanakan...membantu pengurusan jenazah...menghadirkan diri majlis walimatulurus..perjumpaan dengan kenalan lama..menghadiri majlis ilmu...alhamdulillah Ya Allah kerana pengisian waktu itu dan semuga Engkau redhai..
terasa kekosongan dalam hati...sunyi...dan macam2 perasaan...aku hanya bisa melihat empat dinding dan siling rumah yang membisu..tak tertahan mengalir air jernih dipipi..membasahi bantal ku...terngiang2 lagu Alleycats ditelinga ku...
andainya aku pergi dulu....
Thursday, January 17, 2013
36. minGGu ke 3 2013
Allahu Akbar... masa 24 jam sehari yang diberi oleh Sang Pencipta berlalu dengan baik dan apakah yang telah ku lakukan demi meraih kebaikan??? Adakah ada debu2 pahala yang tersangkut dalam catatan harianku atau hanya timbunan dosa yang terpalit di diari catatan harianku???? Hanya padaMu ku pohon Ya Rabb...untuk Engkau berikan segala kebaikan dan hapuskan segala keburukkan...Engkau tutupkan segala keaiban kami dan muliakan kami sebagaimana mereka yang beriman....amiin
dah masuk 6 hari RABIULAWAL rupanya...semangat mengingati kelahiran Baginda Rasulullah SAW terkesan dihati...aku berusaha untuk lebih peka dan mempelajari dan menyemaikan sunnah2 baginda...kata orang kalau tak dapat buat semua jangan tinggal semua....insyaAllah mudah2an aku dapat beristiqomah...
marilah sama2 kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...agar semarak cintakan baginda tersemai dan bersemadi hingga hujung nyawa kita dan zuriat kita seterusnya...

dah masuk 6 hari RABIULAWAL rupanya...semangat mengingati kelahiran Baginda Rasulullah SAW terkesan dihati...aku berusaha untuk lebih peka dan mempelajari dan menyemaikan sunnah2 baginda...kata orang kalau tak dapat buat semua jangan tinggal semua....insyaAllah mudah2an aku dapat beristiqomah...
marilah sama2 kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...agar semarak cintakan baginda tersemai dan bersemadi hingga hujung nyawa kita dan zuriat kita seterusnya...

3 hari aku menghadiri kursus di kampus Induk di Bestari Jaya...alhamdulillah, tidak lah aku merasa ke"boring"an dalam pekerjaan....dapat juga aku menambah ilmu...syukran Ya Allah diberi kesempatan...
pun begitu...ada jua pergolakkan dalaman diriku yang sangat rasanya kadang aku tak tertanggung untuk memikulnya...sangat berat ku rasakan...tidur malamku terganggu kerana fikiran negatif menerjah, nafsu amarah, sedih, hiba ku datang dengan sangat tinggi...meracuni fikiran tak stabil dan membuat hormon negatif berleluasa maharaje lela...
aku berusaha keras memaafkan diri ku sekali gus memaafkan semua insan tersayang di dunia ini...aku teringat cerita2 tentang hebatnya MEMAAFKAN...semoga aku diberi kekuatan untuk mengatasi nafsu amarah dan jengkel pada diri ku sendiri....
masih marah rupanya boss aku...kehadiran ku untuk kursus tidak disenangi dan apa jua lantikan yang dibuat membabitkan diri juga tidak direstui rupanya...ahhh begitu sekali ya bila orang dah marah dan tak suka pada kita...segalanya tentang kita mahu dilupuskan....dendam kesumat yang sangat tinggi...mudah2an Engkau Ya Rabb masih beri aku kekuatan untuk sentiasa mendoakan kebaikan terhadap mereka, keluarga dan para sahabat mereka...
masih marah rupanya boss aku...kehadiran ku untuk kursus tidak disenangi dan apa jua lantikan yang dibuat membabitkan diri juga tidak direstui rupanya...ahhh begitu sekali ya bila orang dah marah dan tak suka pada kita...segalanya tentang kita mahu dilupuskan....dendam kesumat yang sangat tinggi...mudah2an Engkau Ya Rabb masih beri aku kekuatan untuk sentiasa mendoakan kebaikan terhadap mereka, keluarga dan para sahabat mereka...
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda:”Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya Allah menciptakan sifat marah itu dari api dan menjadikannya sebagai salah satu tabiat bagi manusia. Apabila terhalang salah satu hajat atau maksud seseorang. Adapun kekuatan marah itu tempatnya adalah di hati. Ertinya darah hati menggelegak untuk menuntut balas, dan kekuatan marah itu digunakan untuk menolak apa yang menyakitkan hatinya sebelum marahnya terjadi dan untuk menyembuhkan dan menuntut balas sesudah marahnya terjadi. Menuntut balas adalah makanan kekuatan tersebut dan keinginannya, kerana dengan menuntut balas akan terhasil kelegaannya, dan dia tidak akan tenteram melainkan dengan menuntut balas atau membalas dendam...nauzubillahiminzaliq
alhamdulillah...aku dihiburkan dengan gambar2 anak kedua ku yang pergi bercuti di Korea...semoga beliau selamat pergi dan balik dan diberikan kekuatan serta hidayahMu untuk menjadi anak yang solehah...
waban waktunya beliau akan upload gambarnya di Whatsapp family ku...dan kami sekeluarga dapat merasai gembira bersama, walaupun ada yang terasa "jelezzz"nya..Rezeki Allah SWT kepada mereka yang dikehendakiNya..
Aku berdoa semoga diberikan keluarga Sakinah dan kebaikan di dunia dan akhirat....
Thursday, January 10, 2013
35. aPa laGi maHu mu???...
setinggi tinggi kesyukuran ku panjatkan kepadaMu Ya Rabbana...memberi ku sehari lagi bernafas...berfikir...dan menjalani kehidupan di bumi nyata Mu...
malam tadi, hari khamis malam Jumaat..sedang kami jemaah kariah Surau AlEhsan ingin memulakan membaca surah yassin, kami diberi perkhabaran ada jiran tetangga kami yang meninggal dunia jam 8.50 malam... Innalillahiwainna ilaihirojiun...kepadaMu jua kami akan kembali...beliau adalah seorang ustazah yang banyak berjasa...antara yang tidak dapat aku lupakan ialah pengorbanan masanya untuk melatih kaum ibu untuk ber Marhaban...
....sesuatu bisikan yang tidak mungkin aku lupakan bila suatu ketika kumpulan Marhaban arwah dan kumpulan Marhaban aku bergabung untuk satu majlis..."alhamdulillah dan terima kasih, semuga usaha murni menyemarakkan ukhuwah begini dapat diteruskan".... begitu la kalimat terakhir beliau padaku...semoga roh arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman...
...kemudian, hingga waktu ini, ingatanku pada kematian semakin enjadikan aku gusar dan terasa ketakutan..terkadang terasa pipi ini basah dek mutiara jernih mengalir..sedih ...bukan kerana nak tinggalkan dunia fana ini tapi sedih kerana kurangnya bekalan yang akan dibawa...Allahu Akbar..
suasana di pejabat hari agak ceria kerana mereka membuat majlis meraikan kengkawan yang dah mencapai usia meningkat tahun lagi,,,iaitu meraikan mereka yang kelahiran bulan oktober, november dan disember...termasuk lah aku juga...hari dapat hadiah dan makan free sekali...walaupun bukan free sebenarnya...semua tu hasil tabungan kami yang dikutip bulanan...
sekali lagi ia mengingatkan akan kematian...Subhanallah...Engkau beri peringatan demi peringatan...
34. SYUKUR PADA MU YA RABBANA...
alhamdulillah...minggu pertama tahun baru 2013 berlalu dengan begitu pantas dirasakan...walaupun nyata 24 jam waktu yang Allah SWT berikan itu tetap sama, tetapi perasaan manusia yang Allah berikan itu nyata berbeda sepanjang waktunya...kadang kita rasakan ia begitu lambat, kadang begitu pantas ianya berlalu tanpa kita sedari ia berlalu...
sempat juga ku lalui minggu pertama ini dengan bersilaturrohmi bersama adik beradik dan anak2 saudara ku...sempat kami "lunch n dinner" bersama...alhamdulillah Ya Allah...semoga Engkau berikan kesempatan begitu sepanjang hayat kami masih dikandung badan..
syukur Ya Rabbana, kerana masih beriku ruang dan peluang! Hampir separuh abad Allah beriku bernafas, menghirup udara nyaman di maya pada penuh berliku...! Penuh ujian, penuh pancaroba tapi penuh kasih sayang...! KASIH SAYANG Allah RabbulJalil...! Banyak salah, banyak silap, banyak lalai, banyak alpa dan terlalu banyak yang lupa...!!! Lupa pada diri, lupa pada tanggungjawab, lupa pada rahmat dan nikmat, tapi KASIH SAYANG Allah tetap mengiringi...! Pasrahku..., rinduku..., insafku..., tenggelam dalam KASIH SAYANG Allah yang melimpah ruah ...!!!
Tuhanku...!!! Engkau amat PENGASIH, Engkau amat PENYAYANG! Meskipun banyak dosa hambaMu ini..., Kau masih lagi memandangku..., Kau masih beriku masa..., Kau masih redhakan rezkiMu..., Kau masih benarkan kupinjam peralatanMu...! Kau masih beriku kesihatan disaat ini..., Kau masih beriku bahagia bersama keluarga...! Kau curahkan segala nikmat untukku gapai..., Kau hamparkan kehidupan ini untukku lewati, sudah hampir separuh abad yang lalu...! Adakah waktu itu terisi penuh kualiti? Adakah telah kulaksanakan semua amanahMu? Adakah sudah cukup bekalku untuk dibawa bersama...? Adakah... Adakah...? Adakah...? Tanya dan jawablah dengan tulus, tentu hasilnya belum ataupun tidak! Semoga aku menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur!!!
Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?(Ar-Rahman : 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77) Maha Suci Nama TuhanMu Pemilik Keagungan dan Kemuliaan!!! (Ar-Rahman : 78) Terlalu banyak nikmat yang telah Engkau berikan, duhai Tuhanku...! Ampunilah daku...! Tunjukkan Aku Jalan Yang Lurus...!(Al-Fatihah : 6)
Bantulah aku...! Peliharalah aku...! Bimbingilah aku...! Tempatkanlah aku dalam golongan hambaMu yang soleh, hambaMu yang beriman, dan hambaMu yang benar-benar bertakwa!!! Takut dan tawadduk dengan segala nikmatMu! Ikhlas dan luhurkanlah jiwa ini, ya Allah! Kasihi kedua ibu bapaku, berkatilah suami dan anak-anakku, saudara maraku, sahabat-sahabatku, rakan sejawatku, juga jiran-jiranku. Lembayungkanlah magfirahMu kepada mereka yang mengelilingiku ini...!!! Engkau berikanlah taufik hidayahMu pada kami semua, ya Allah! Pegang dan ikatlah hati kami untuk membela agamaMu, menjaga syariatMu, ya Allah!!! Tautkan kasih sayang kami hanya keranaMu, ya Allah! Terimalah taubat hamba-hambaMu, ya Allah...!
Subscribe to:
Posts (Atom)











