Saturday, February 14, 2009

5. aLam seKolah MenenGah




habis sekolah rendah aku masuk sekolah menengah kat sekolah Datuk Penggawa Barat, Pontian. aku masuk sekolah tu pun kerana ada asrama. setelah pisah ngan parent sepanjang persekolahan di sekolah rendah, aku sekali lagi berjauhan ngan mereka. kalau tak silap aku, aku masuk asrama pun kerana abuyah dapat kerja kat sabah sebagai mubalig..mungkin dek kerana kecewa la masa tu, abuyah minta keje jauh dari kampong...lagi pun pondok n madrasah pun dah tak ramai pelajarnya sebab tak de bantuan kerajaan....

ohh aku rindu sesangat masa kecik2 sebelum kami tidur ramai2, abuyah akan selalu bercerita kisah2 nabi sampai kami tidur....aku rindu saat2 bersama abuyah dan adik beradik yang len...aku sayang sangat kat abuyah walaupun pada ketika itu aku berasa seperti budak yang kurang kasih sayang...

aku masuk tingkatan satu perdagangan . Nak dijadikan cerita yang mengajar aku perdagangan masa tu biras kakak aku, huhuu...
garang dia wei, tem dia mengajar klu tak dapat jawap dia akan cubit kat bawah ketiak, tak kirala lelaki ke pempoan...masing2 takut klu dia yg mengajar..huh.. pas dah hampir 3 tahun dia ngajar kami, baru lah kami rasa dia ok gak..tak sangka la kan nak jadi ipar duai dalam keluarga...dia asal Melaka so understandable la kan...but she's nice..

aku boleh dikatakan aktif gak masa tem2 tu, apa persatuan aku masuk jadi ajk, tang belajar, hmmm tau2 la agak malas skit..
seingatan aku la, ramai gak la secret admirer aku masa tu, salah sorang yang aku ingat, masa tu kami sama2 tingkatan 1, nama dia hmmm...biarlah rahasia, aku masih ingat lagi, tem musim buah, dia bagi aku rambutan seguni, apa lagi kenduri rambutan kami diasrama, lepas dari form 3 aku tak jumpa dia sampai lah tahun berapa ntah aku jumpa dia di Makro Selayang, pas tu lost contact lagi...sadiskan..


masa peringkat ni la...aku betul2 jadi perhatian, ramai bebenor yang nak jadikan aku awek/adik angkat tapi aku selamba giler la. Aku masih ingat masa aku tingkatan 2, ada lah pelajar dari Benut yang baru masuk SDPB - tingkatan 4..entah macam mana aku boleh suka kat dia...aku lak yg mulakan langkah bagi dia otograf...yang men letak kt bawah meja dia..hahaha..lucu benar rasanya...dan aku tak sangka lak berbalas..hmm...mmg la mulanya aku anggap abang angkat, aku sebenarnya suka kat dia, aku tau ada senior aku yang minat kat dia gak, so aku pun lai low..

peliknya kami tak pernah bercakap antara satu sama len, kecuali pandang memandang je antara satu sama len..duhai..entah apa la yg berlaku, aku pun tak tahu..yg seingat aku kan, aku pernah tanya dia "siapa aku pada dia"...hampeh tak berjawap...so klu korang, apa andaian korang???? sedang aku rasakan seperti cinta pandang pertama aku...

masa yang paling ditunggu bila tem bfes, lunch and dinner..sebab antara kami akan saling menunggu utk pandang memandang...adalah port yang biasa aku akan tunggu dia, just nak tenguk dan senyum kat dia...lucu gak bila teringat tem dulu2...ni rupanya cinta pandang pertama..kuatnya feeling, tapi ia berlaku dlm tempoh 2 tahun tu jer..


walau bagaimana pun aku amat berterima kasih pada dia kerana dia bantu untuk gerakkan hati aku untuk memakai tudung, masa tu terlalu baru peredaran memakai tudung....dia galakkan aku pakai baju kurung..kurangkan pakai skirt..hmm aku baru form 2 masa tu..but respect his advise...

dia pun apa kurangnya, dia jadi Ketua Pengawas...ala ala mcm strick gak la...tapi apa aku kisah, janji aku dapat tengok dia senyum pada aku sudah cukup...hai cinta monyet kot..wallahualam

keputusan srp aku tak lah teruk sangat sebab aku bleh menyambung ke tingkatan 4, sains lak tu.., untuk awal minggu persekolahan aku tak dapat dok asrama, so aku berulang dari kampong kesekolah, naik basikal dulu sampai tg air hitam, pas tu naik bas terus kebandar n kesekolah, letih ya amat, memang terasa la kalau ulang alik, nak kena bangun awal, terkejar2 bas, pas tu balik lambat, sampai umah trus flet...masa tu urusan aku wat sendiri, sbb parent tak de dah fly ke Sabah...cuma depend ngan paman....i love u paman...

then pas apply and buat rayuan aku dapat balik masuk asrama, tinggal la dengan kehidupan berasrama, masuk tingkatan 4, aku dalam kelas sains, best fren aku namanya masnah n mardhiah, now masnah jadi cikgu, yang lain , hampeh lost contact, fail la aku dalam mengingati kawan lama. yang memang aku ingat hmmm salah seorang YB exco negeri selangor...and masnah of coz.
secret admirer aku sekolah rendah tu masuk balik sekolah bila tingkatan 4, aku pun tak tau apa reason dia, tapi dia agak sombong ngan aku, tak mau tegur aku, so aku pun buat tak tau la... kesian kami kan...

cuma aku terkilan..sebab aku mmg tak dapat perkabaran dari abang angkat ku...sungguhpun keputusan SPM dah keluar dia masih tak juga berminat nak jumpa aku...hmmm malangnya aku, sbb aku jer yg asyik teringat kat dia...maklumlah dia dah berjaya kot..org dah masuk unibersiti la katakan..aku cuba lupakan dia...Allah Maha Mengetahui..dalam setiap doa, ingatan padanya masih ada lagi....agaknya itulah yang dinamakan cinta pertama...waduh2..

masa ni ada lah seorang dari P.Betak sama2 tingkatan 4 tapi dia kelas lain, aku rasa satu asrama tau kot dia minat kat aku...hmmmm, concern sangat masa tu, bila harijadi aku dia suruh kakak dia buatkan kek, wah bukan main lagi, ala2 cinta monyet, berlanjutan hingga kami abis spm..
aku memang sangat2 aktif ketika tu, aku rasa ikut abuyah aku, apa je persatuan yang aku tak join, semua nama aku ada, kalau tak ajk, aku mesti pegang setiausaha, sampaikan persatuan alat pandang dengar pun aku kontrol, bila perhimpunan, hmm muka ni lah yang akan pasang microphone.....the only pempuan tau...boleh ajar lagi geng2 lelaki ni...ini semua sebab aku minat. pendek kata kala ada function apa kat sekolah tika tu la, bagi kat kami, kami boleh handle la...

peliknya aku tak berminat utk belajar...tapi aktif berpersatuan


ini adalah group Badan Redaksi SDPB 1978

4. zaMan seKolah renDah...

hmmm banyak kenangan tapi almaklum usia dah meningkat ni memori pun dah pudar mcm komputer gak ram kecik, hdisk space rendah gitulah gayanya, banyak memori yang dah ter"erase", macam mana pun aku nukil kan gak apa yang aku ingat la...

tempoh untuk aku masuk darjah satu dah sampai...
abuyah dan ummi aku bercita2 menyekolahkan aku kat sekolah org putih, masa tu kalau kat kg aku tu memang tak de la, yg terdekat adalah sekolah kebangsaan dan sek agama, itu lebih kurang 5 km gak jauhnya..
sekolah org putih yg parent aku nak masukkan ni terletak kat bandar...jauh tu, ambil kira sapa yg nk ambik ulang alik tu, maka mereka putuskan untuk letakkan aku kat umah org, bukan org asing tapi kira sedara sepupu ummi gak, tapi bagi aku org asing la....

bayangkan masa tu aku baru berusia 6 tahun 2 bulan, cecah 7 tahun bulan November,...aku dah terpisah ngan keluarga tercinta demi nak menggarap pelajaran di sekolah org putih....memang la masa tu aku sendiri tak faham..aku ikut je masa berlalu.
waktu mula2 parent aku antar, aku ingat lagi bila dia rang nak balik aku nangis dok kat tingkap...aku sendiri masa tu tak tau nape, aku dah terpisah kasihsayang mereka...aku hanya akan diambil oleh abuyah jumaat petang dan dihantar balik ahad petang

sekolah aku namanya Sekolah Tengku Mahmod Iskandar 1, Pontian. aku g sekolah naik beca, telah disewakan khas untuk aku dan aku pun tak pasti sampai darjah berapa, almaklum dah lama...sama sekolah dengan aku kak rosnah, anak wak Kusnon (ALFATIHAH) yg aku dok rumah dia. mula2 sekolah tu tiap waktu rehat dia akan belikan aku kueh kat kantin, aku cuma tunggu kat tepi kelas je...hehehe....

seingatan aku, aku pernah jual kueh disekolah....seronok gak sebab wak Ru, isteri pada wak kusnon (arwah - ALFATIHAH) rajin buat kueh dan aku pun saja2 cakap ngan dia aku nak jual kat sekolah, dia pun bagilah...hmmm guess parent aku tak tau...

pernah gak kat sekolah tu, tak ingat darjah berapa, aku kena rotan n denda berdiri atas kerusi sebab spelling aku dapat telor, itu pun sebab aku tak datang sekolah beberapa hari dek kerana demam campak. aku tak tahu pun ada ujian...sadis betul, kawan aku pelbagai bangsa, melayu, cina n india..yang aku ingat suhaila je sbb best friend aku, tu pun banyak yang dah lost contact..rugikan tak dapat cari mereka...

dalam pada sekolah kat situ, aku kira masa tu darjah 5 kot, aku terperasan yg kengkawan aku bila dah tamat kelas je berebut balik n ada yg sibuk tukar baju kt sekolah pasal nk g sekolah agama...bayangkan aku tak terdedah kearah itu..
atas initiatif sendiri aku daftarkan diri sekolah agama, kawan dah darjah 5 aku baru masuk darjah satu, Ya Allah masa tu ada dah rasa rugi sangat...cuma kelebihan aku, aku dah boleh baca jawi dan ngaji sekali banding ngan bebudak lain..

sama gak aku ambik initiatif sendiri belajar ngaji, itu pun ikut ngan kawan2, aku belajar ngaji ngan wak tasmakon (arwah). tiap malam aku akan g umah dia..kalau tak silap aku waktu zaman2 tu kengkawan aku ramai lelaki, pasal org pempuan tak nk kawan ngan aku, alasannya aku ramai peminat lelaki....subhanallah...mcm mana pun aku bersyukur sebab aku khatam gak...
aku rasakan aku ada gak kawan ngan anak wak tu, namanya zainal abidin kalau tak silap, kami kawan tapi mcm dia minat kat aku, cuma aku tak perasan la sebab dia pandai, bila tingkatan 1 je dia dapat masuk sekolah sains..mana aku nak ingat sebab lepas tu kami pun tak berhubungan.
aku amat rapat ngan keluarga wak ni termasuklah adik beradik wak n emak dia..selalu gak aku lepak tolong emak dia kat kedai..tem2 tak sekolah, lagi pun aku sendiri tak tahu nak g mana..


selain keluarga dia aku juga rapat ngan keluarga wak tumpang...yang sedihnya hingga kini akau tak ingat dan tak tahu dimana ahli keluarga mereka yang lain..sedangkan rumah mereka menjadi rumah ketiga aku selain rumah abuyah ummi dan rumah wak Kusnon...

Ya Rabbana..masa ni aku rasa sangat kurang kasih sayang, tak fikir pun akan kebaikkan. sebaliknya hanya memikir kenapa lah kedua org tua aku nak pisah kan aku ngan mereka dan adik beradik ku yang len...hatiku sebenarnya merajuk juga dan tak punya motivasi utk belajar dan berjaya...aku anggap sekolah tu hanya memenuhi keperluan dan melalui masa jer...

memang tu menepati yg ku rasa sebab keputusan peperiksaan ku pun bukan baik sangat...tapi aku tak kisah...sebab "who cares" kan..

Thursday, February 12, 2009

3. mAsa kecIl ku

ini masalah ku, kerana aku tak berapa ingat pengalaman waktu ku kecil, mungkin cuma satu dua peristiwa yang boleh aku ingat nak ku tuliskan..

a.
aku cuma ingat zaman aku kecil orang tua aku (embahlah terutamanya) mempunyai pondok dan sekolah madrasah, ramai penghuni tapi almost semua aku dah tak ingat , cuma sesekali bila mereka datang rumah jumpa abuyah ummi tu dia adalah mention, ini intan ke??? hehehe aku cuma boleh senyum je sebab dia rang tau aku masa kecik2 dulu...

aku teringatkan pada arwah paman kutip (ALFATIHAH) yang sangat rapat dengan keluarga kami, beliau rajin masak cuma beliau tak boleh nak makan nasi, makanan nya cuma lempeng..ada seketika dia keje kat singapura, bila dia balik kg je...hmmm macam2 buah dia beli, mewah masa tu. almaklum buah mcm epal, limau semua tu mana ada org kg dpt beli...

b.
aku cukup rapat dengan embah lanang, kesukaan dia adalah minum milo yang manis, bayangkan zaman tu minuman dia milo, mahal tu..sekali ummi buat untuk dia satu mug..the best part tu aku boleh pujuk dia untuk habiskan milo dia kalau ada tinggal setengah atau suku, aku boleh pujuk dia dan gantikan dengan air "oren bodoh" untuk dia, hehehe punya kuat mengendeng , masya Allah...

cete embah lanang aku ni... (ALFATIHAH..)
dia dikenali dengan kemi buntung. sebalik cetenya, kaki dia patah kerana terhempap pokok. embah aku tu dulu adalah peneroka kampung itu, dia datang dari seberang dan terus menetap disitu, sikit2 dia usahakan tanah disekitarnya, so tak heran kalau peninggalan nya ada lebih kurang 50+ ekar tanah untuk ummi dan paman aku.

c.
bukan setakat ngan emah lanang je aku baik ngan embah wedok (perempuan) pun sama gak. kalau tem bulan posa embah paling suka buat kuih putu, so aku lah tukang ketuk, pastu tiap kuih masak aku akan pura2 lari kedepan, padahal masa tu aku ambik kesempatan untuk makan kuih tu, sbb tak posa, bila tanya, aku kata posa..hehehe..hampeh... embah rajin buat opak, akulah mangsa untuk meletakkan opak tu kat daun, pastu bila nak jemur, hmmm aku gak kena naik kat atas tangki untuk jemur...rindunya aku pada opak embah...ALFATIHAH untuk embah sulam..

d.
selain mempunyai kebun getah dan nenas, embah aku buat kedai runcit kat umah, so pekerja semua akan ambik barang kat umah, cukup bulan tem gaji ramailah org datang ambik gaji n beli barang...masa tu sibuk...aku apalagi masa tu lah jajan ngap-ngap...

ada satu hari tu, tem tengahari sedang ummi aku lena tidur aku kacau dia, aku panggil dia - "jah oh jah"...ummi aku ingat ada org nak beli barang, tapi bila dia tau aku yang panggil hah ko keliling umah dia ligan aku...aduh!!!

e.
adalah dalam sejarah bila tem merdeka, sambutan kat bandar, agak jauh gak lah...so atuk aku arrange lorry kau yang 10 tan itu angkut orang kampung sambut merdeka kat bandar, termasuk lah aku...mana aku boleh naik, sekali paman aku angkat aku campak ke atas huh, first time ko naik lori, malam2 plak tu...that was very interesting moment in my life...

f.
kampong ku tak punya letrik, tapi atuk ku punya duit untuk guna generator, so ada gak lah atok aku beli TV besar ko...bila malam je, ramai yang datang umah nak tengok tv, esp bila gusti dan cete hindustan. ada satu malam tu aku buat dajal, aku caj orang yang datang umah, dan alasan aku duit nak guna untuk beli minyak generator...bila embah tau....terkebil2 aku...aku rasa aku adalah kot mewarisi sikapnya...baru la ku tahu sekarang ni..

g.
seingatan aku lah adalah satu hari tu orang KL datang rumah nak jumpa embah lanang, bila orang tu dah balik aku tanya la embah kenapa orang tu datang, rupanya ko tau, orang tu nak kena sumbat kat penjara adalah kesalahan yang dilakukan, minta tolong embah aku, eeehhh tak sangka aku embah aku ni pandai, tapi tulah...kalau Allah kata aku tak layak nak belajar dari dia, walau aku rapat masih Allah tak bagi gak...

h.
hm yang aku agak pelik, tak ingat pulak aku bersama kakak dan abang ku..ingat2 lupa ada gak aku ngan abang ku kena ligan keliling rumah bila selalu gaduh...pernah abang ku menyorok atas pokok manggis depan rumah pasal lambat balik umah..men bola nya pasal...

i. 
pengalaman menoreh getah....dari menoreh seawal pagi hingga la abis memesinnya...aku suka follow pakcik2 yang belajar dipondok tu menoreh...yg bestnya kalau kawasan tu agak sukar dilalui aku didukung, bukan membantu tapi banyak menyusahkan kot, wallahualam, yang pastinya pengalaman menoreh tu ku raih, dgn merasai kepenatan yang amat sangat..

tidak saja menoreh malah pengalaman mengutip buah nenas dibulan Ramadhan sangat mencabar...
bayangkan waktu tu usia masih jauh belum matang, tem cuti2 sekolah dan kebetulan buah nenas sudah sampai masanya untuk dituai...so kami anak beranak pun sama2 berganding bahu...

insiden yang berlaku, adalah pekerja lain yang menngajar aku kalau nak makan nenas ni senang aja, hempokkan nenas tu pada kayu/batu hingga pecah, then makan la...hmm apa lagi diwaktu matahari tengah "deng" kata org jawa, aku pun sakan la makan...

aku ingat lagi masa abuyah tanya aku, "masih posa tak?", aku selamba kata "posa", walhal bau nenas yang baru aku makan tu kuat dirasai....aduiii....ummi senyum jer tengok gelagat aku...naseb2 tak kena rotan ngan abuyah...

banyak yang aku ingat2 lupa plak cete2 ni...klo ingat aku tambah2 je nanti...
sebahagian cete2 masih kecik2 dulu la...


2. aDik Beradik

aku adalah yang ketiga dari adik beradik ku seramai 10 orang, 5 lelaki dan 5 perempuan, kakak, abang, aku, 3 adik ku dilahirkan dikampung yang sama, cuma 4 org adik aku dilahirkan di kota kinabalu, sabah.

kakak ku dipanggil ibu guru (pengetua sekolah menengah) di kota kinabalu Sabah
abang ku - pengurus sumber manusia di Yayasan Selangor
aku - pengurus kewangan di anak Syarikat Petronas
adik perempuan ku - punyai klinik sendiri di Kota baru Kelantan
adik perempuan ku - seorang laywer
adik perempuan ku - ketua unit bahagian hematologi di hospital sg buloh selangor
adik lelaki ku - peniaga
adik lelaki ku d only tahfiz - pegawai (ustaz) di kementerian luar bandar
adik lelaki ku - jurutera di gamuda sekarang kerja di Qatar
adik lelaki bongsu ku - seperti biasa dok bawah ketiak ummi aku...

alhamdulillah aku punyai keluarga yang ramai dan bahagia....dan boleh dikatakan berjaya dalam karier dan rumahtangga...syukur pada mu Ya Robb, Engkau beri kekuatan kepada keduanya untuk membesarkan kami semua..

Ya Allah engkau berilah keampunan kepada kedua ibubapaku dan Engkau berilah kehidupan dan pengakhiran kehidupan yang husnul khotimah... 

Amiin

(maklumat ini adalah semasa blog ini ditulis)



Allahu Akbar...
Ummi bersama anak bongsu
Kakak sulong bersama anak sulong
Aku bersama anak sulong
Adik ku bersama anak ke 2 kakak ku


adik beradik perempuan bersama ummi...


               adik beradik lelaki bersama ipar duai dan anak2 saudara..

1. kelaHiran

aku dilahirkan disebuah perkampungan yang agak terpecil disuatu ketika dulu...terletak di negeri Johor, daerah Pontian..tiada kemudahan letrik dan air bersih. kami hanya menggunakan lampu minyak tanah yang dikenali sebagai "lampu pam" dan juga menggunakan pelita.

air?? kami menggunakan air hujan yang ditadah, tiap rumah ketika itu mempunyai kolahnya sendiri, paling tidak pun menggunakan tempayan untuk menadah air hujan. Itu lah air yang digunakan untuk memasak dan membilas baju yang berwarna putih. Untuk mandi, tulah kami gunakan parit....hitam ko airnya, selalu plak banjir bila hujan lebat, jalan raya...aduh jauh sekali, kalau ada pun jalan yang hanya boleh dilalui oleh basikal dan motor (itupun kalau ada, boleh dibilang) sekarang dah tak de...

aku dilahirkan, alhamdulillah boleh dikatakan dikalangan keluarga yang sederhana mewah dikampong itu, arwah embah (atok) sebenarnya yang punyai kemewahan hasil berkat dari hasil titil peluh beliau sendiri..
asal asliku dari Jatisari, Sumatera. Kedua-dua embah aku dari sebelah ummi (Sukaimi dan Sulami) , mereka dari daerah yang berdekatan dan arwah embah lelaki sebenarnya adalah juga dari kalangan keluarga yang berilmu dan embah aku ini mewarisi ilmu mengubat dan berniaga..cuma antara kami anak dan cucu tidak ada yang betul2 mewarisnya...

begitu juga dengan keluarga ayah ku, pun dari seberang, cuma terperincinya aku tak dapat nak trace sebab tak tau susur galurnya..tak sempat jumpa atok sebelah abuyah...walau macam mana pun aku sebenarnya adalah keturunan Jawa..cuma abuyah dan ummi aku adalah kelahiran dan warganegara Malaysia.

arwah embah, paman serta abuyah & ummi 
dan arwah cik Som



abuyah dan ummi terchinte..

Wednesday, February 11, 2009

saLam tO eVeryOne...



salam buat permulaan bicara..

bismillahhirohmannirrohim buat pembuka kata...

alhamdulillah buat pengucap syukur

lahaula walakuwataillahbillahilaliuazim...buat penguat minda...

selingkar kisah kehidupan dinukil untuk melakar kisah kehidupan insan yang bernama......

ahhh aku punya banyak nama..nama dalam surat beranak, nama panggilan, juga ada nama kesinambungan...

so nama ku :

nama di surat beranak : hmm ... kena cari la tu

nama panggilan : Intan

(nama ni embah lanang yang bagi aku, actually nama yang dia bagi KINTEN, sebab masa kecil aku, sungguh2 baik dan pendiam, konon mengikut cete macam inten kata orang jawa...

nama kesinambungan bersama arwah : alDaYana

tapi kan, apa ada pada nama????? hanya tinggal kenangan bila kita dah tak ada...


ibarat pepatah : harimau mati meninggalkan belang...