Wednesday, July 14, 2010

8. salam PerKenalan kasih

kisah cinta ku sangat singkat...

gara2 kelas pengenalan menggunakan senjata api dari kem Lok Kawi, maka terciptalah sejarah seterusnya...perkenalan, diselangi ngan pertemuan dan selanjutnya lamaran...

setiap kali pertemuan yang jadi mangsa si maznah, cian dia, tapi x pe la sekurang2 dia kenyang...
sebenarnya masa tu belum abis belajar lagi, aku baru berada di sem 4 (tahun kedua)..

satu malam aku mendpt pangggilan talipon dari sidia...terharunya sebab dia tanya samada aku suka dia ke tak...apa nak jawap erk..then dia tanya lagi, kalau saya masuk melamar boleh tak??? aduh...apa nak ku jawap nie...spontan aku pun jawap "saya masih ada ayah dan ibu, pergi lah tanya mereka"...rupanya sidia ni dah bertunang dan soalan yang sama diajukan pada bekas tunangannya sebelum dia call aku...ahhh kenapa ini bisa terjadi bisik ku..


keadaan diriku sangatlah tak karuan...yang bermain dikepala ku saat tu adalah...dimanakah "abang angkat" ku...sebab aku sangat2 mengharapkan dia yang bertanya dan melamar ku..kesedihan ku aku sembunyikan dan pendam sendirian, sebab memang tak tahu nak luahkan kat siapa kecuali Ya Rabbana...tiada siapa yg mengerti perasaan ku, dan aku juga maklum bahawa adalah mustahil utk aku menemui nya kembali kerana mmg dari lepas melangkah keluar sekolah pun tak ada tanda2 yang kami pernah berjumpa apa tah lagi nak jalinkan hubungan...oh Tuhan..ku kembalikan kasih padanya kepada Mu..


tak lama kemudian datanglah rombongan merisik dan sudah pasti abuyah/ummi perlukan jawapan dariku. sengaja mengajak ku membeli barangan dapur, walhal dalam kete...meka mencari jawapan, dan jawapan ku "terpulang pada ummi dan abuyah mana yang baik, kalau ummi/abuyah rasa nak terima, terimalah kalau tak pun terserah"..dan tak de kata muktamad dari ku...

alhamdulillah tak lama pas tu majlis pertunangan kami berlangsung memandangkan aku akan sambung pembelajaranku di Shah Alam. Tuhan punya kuasa dia dipindahkan kembali ke kem di Kuantan...so almost every week dia balik jenguk aku..yang aku sangat terharu, plat number first car dia BBR 7011...sempena tarikh lahir aku katanya...mmg aku tak nafikan dia tersangat lah sayang kat aku..syukur padamu Ya Allah yang memberi segala kekuatan, rahmat serta hidayah....

Di Shah Alam, kami umpama orang asing, maklumlah group aku lima org..Sherry, Wenny, Zaida, Mary dan aku...kesana kesini kami berlima, kebetulannya kelas yang sama gak..apa lagi gempak la dorm kami...

pernah la gak aku pujuk tunang aku ni bawa kami jenjalan ke KL...ronda dari pagi sampai ke petang...last2 meka tinggalkan kami berdua jer...hmmm cukup sporting meka2 nie...hey girls...missed U all a lot lah...mana korang nie...yg selalu bagi kad raya sherry, zaida ada gak lah masih contact, Wenny dengar kata ada kt subang, tapi tak pernah jumpa..

walaupun cuma setahun di shah alam, tapi terlalu banyak pengalaman pahit manis semasa menaiki dan menuruni bukit di ITM tu...semasa kat sini juga lah aku dipaksa belajar memandu oleh sidia..ingat lagi ketika tu dia bawa naik bukit pastu berenti...then keluar kete, suruh aku yang bawa pulak, pe lagi....menjunam balik arrrhhh...dui..naseb bek tak de kete lain..tak cukup ngan tu dia bawa aku lak kat UPM, jalan yang banyak bonggol, sekali lagi dia berhenti dan suruh aku continue bawa...apa lagi kete belakang asyik hon je lah sebab enjin selalu mati...eeiii malunya...sesungguhnya aku cukup bersyukur dan tersangat lah berterima kasih pada beliau kerana caranya mengajar tu buat aku tambah berani...alhamdulillah..


tamat pengajian ku, aku pulang ke KK kembali dan sudah pastinya debaran menunggu debaran untuk dijabkabulkan...


aku menerima scroll Diploma Perakauan

aku bersama si "dia"


bersama abuyah tercinta

No comments:

Post a Comment