Monday, December 3, 2012
17. KemBali keRahmatullah...
exact tarikh aku tak ingat...
tapi disuatu masa, diwaktu ibu mertua ku tidak berapa sihat, beliau telah ditempat di rumah jagaan orang2 tua selama seminggu sewaktu adik beradik sebelah suami ku pergi bercuti...itu tanpa pengetahuanku, wallhualam kalau ianya diberitakan pada suamiku..
ternyata apabila aku melawatnya saban petang sekembalinya dari kerja beliau sangat berkehendak balik kerumahnya...tapi aku tak mampu nak tunaikan tanpa persetujuan ipar duai ku...
aku tak dapat nak lupakan bila satu hari tu, beliau mengingatkan tomyam...so aku pun tak sabar2 bila balik kerja tu terus belikan tomyam yang diinginkannya...masa tu mungkin aku terlalu jahil untuk memahami kehendak orang tua...bila sesampainya aku disitu akupun dengan sungguhnya ingin menyuapkan beliau. Beliau cuma tanya " Ini ko beli ke ko buat"...dengan rasa rendah diri aku cuma kata aku tak sempat nak masak so aku beli....Ya Allah frustnya aku, beliau tak nak makan, cukup hanya jamah sesudu dua sahaja...rupanya beliau inginkan tomyam yang aku masak...subnanallah...
menjelang hari Jumaat petang aku bersama suami mengambil beliau keluar dari rumah jagaan tu dan bawa balik kerumah...mungkin beliau keletihan dan tak nak makan pun, cuma aku cuba ugut kalau dia tak sihat maka dia akan terus duduk bersama ku dan tak boleh balik rumahnya, kerana beliau dok keseorangan di rumah tersebut. Hanya kakak ipar ku yang akan datang silih berganti menjaga ibu mertuaku...
rupanya inilah detik2 kesakitan beliau yang kami tak mampu nak ubati...suatu hari bila anak ku balik dari sekolah agama dan singgah dirumahnya...dia kata Ma..Tok Bi sakit...aku terus menyuruh suami ku untuk selalu ulang alik melihatnya...aku masih ingin lagi waktu hari pilihan raya umum tahun 1999. suami ku menalipon aku untuk bersiap tido dirumah ibu mertuaku. Maklum hari tu adalah hari ahad...so pun mengemas baju untuk kerja dan baju sekolah anak2 ku yang lain...
dugaan aku menghadapi takdir yang akan kehilangan ibu mertuaku...aku sempat menyuapkan makanan yang diinginkannya...aku lihat dia amat keletihan...nafasnya pun sudah agak keberatan...sepertiga malamnya aku bermunajat dan memohon dengan Ilaahi...andai ia baik baginya utk kembali pada Sang Pencipta maka Engkau permudahkan dan kami redha akan pemergiannya...
tanggal 1 Disember 1999, awal subuh selepas solat...aku kejutkan suami kerana melihat beliau sudah tak bermaya dan sedikit ketakutan menyelubungi fikiran...aku sepakat bersama suami untuk menghantarnya ke hospital...persoalannya...hospital mana yang mahu kami hantar...salah hospital nanti akan ada suara2 sumbang yang mempertikaikannya...
tanpa buang masa aku menalipon ambulan...maklum awal pagi dimana orang sibuk untuk pergi kerja, kami pun sibuk uruskan untuk menghantar beliau ke hospital...jalan agak sesak...tanpa melihat apa kasut yang dipakai, tanpa membawa dompet...kami mengikut dalam ambulan...dan ternyata...saat tiba masa beliau kembali menghadapiNya...Innalillahi wainna ilaihi rojiun...
alhamdulillah aku diberi peluang untuk menghadap dan juga menguruskan jenazahnya di hospital siap memandi dan mengkapannya...rezeki ku walaupun aku hanya anak menantu...urusan siap sebelum anak2nya yang lain sampai...
waktu tu...dalam kesedihan dan kebimbangan kerana pertama kali menguruskan situasi begini...handpon aku lak battery dah weak...Ya Allah...sukarnya....mana nak hubungi keluargaku, mana nak hubungi mereka untuk urusan persemadian...mana nak uruskan anak2ku di rumah...astagfirullah...alhamdulillah ada hamba Allah yang menawarkan untuk membantu mencari org untuk menguruskan jenazah di hospital dan kenderaan utk ke rumah dan ke tanah perkuburan....
begitulah urusan seterusnya..tahlil arwah untuk tiga malam...agak sukar juga sebab aku tidak tinggal di rumah arwah...so kesemuanya terpaksa aku fikirkan cara yang terbaik...bab memasak, aku serahkan pada keluarga angkat anak2 aku..selesai kesemuanya...kami berangkat balik ke rumah kediaman kami...persoalannya??? Siapa yang akan menduduki rumah arwah, sedangkan ia menjadi rebutan anak2 yang ditinggalkan..cuma aku ingat pesan arwah pada ku "Hanya yang pandai sahaja akan memiliki rumah ini"...wow! sangat bersahaja dan menuja minda memikir kata2 hikmat tersebut...
setelah perbincangan dan pembahagian dibuat, sebulat suara bersetuju supaya kami menduduki rumah tersebut memandangkan suami ku adalah anak lelaki bongsu...dengan rasa berat hati utk meninggalkan rumah ku sendiri maka berpindah balik ke rumah arwah...bermula episod aku menjadi semula kariah KgBaru, Bt Caves...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment