Sunday, January 6, 2013

27. keGembiraan keraNA kEjayAan aNak2...

alhamdulillah...aku panjatkan kesyukuran kehadratMu Ya Allah kerana Engkau berikan keupayaan dan kejayaan kepada tiga orang anak2 ku menamatkan pelajaran mereka dibidang masing2...

sesungguhnya hari pengiktifan mendapat segulung kertas amat bermakna buat mereka dan menjadi sebahagian kebanggaanku atas keupayaan mereka meraihnya, walaupun terasa kesedihan kerana abah mereka tiada disisi untuk sama2 meraikannya...

mereka bukan merupakan lulusan luar negara tetapi itu bukan menjadi sebab musabab untuk berjaya dalam kehidupan sebenarnya...Ya Allah...aku hanya mampu mendidik mereka setakat apa yang mereka perolehi sekarang ini...semoga Engkau berikan rahmat hidayahMu untuk mereka sentiasa mampu untuk menuntut ilmu dunia akhirat...dan jangan Engkau palingkan hati2 mereka setelah Engkau berikah cahaya keimanan dan keilmuan untuk dimenafaatkan sebaiknya....

anak sulongku lulusan Ijazah Mekanikal (Pembuatan), yang kedua Ijazah Matematik dan Fizik (Pendidikan) dan ketiga memperolehi Diploma Radiographer....
nampaknya tiada yang boleh mengikuti jejak langkahku dalam bidang perakaunan..hmmm

pendidikan awal ini merupakan batu loncatan bagi mereka untuk menerokai dunia sebenar...kadang apa yang dipelajari di peringkat kolej atau universiti tiada kaitan langsung dengan pekerjaan yang mereka lakukan, walaupun begitu bukan itu yang sangat diharapkan...tujuan utama pembelajaran adalah untuk meraih pengalaman dan pergaulan bagi menyiapkan diri untuk berlakon dipentas utama kehidupan sebenar dalam realiti dunia nyata...






...syukran Ya Allah dan terima kasih anak2ku kerana kejayaan ini...

No comments:

Post a Comment