selesai disunting tiba giliran aku pula menyunting bunga di taman...tak kemana juga sebab bakal menantuku rupanya dari daerah berdekatan dengan besanku yang mula2...dari Keratong aku ke Palong Timur...itulah namanya takdir dan aku sangat berterima kasih kerana diberikan menantu sulong yang baik...
orang yang ku hendak hampiri rupanya memang kalau tak silap aku berbau bacang juga dengan saudara sebelah makcik aku yang dari Semerah batu Pahat...wahai2..kecil dunia bila ini semua sudah ketentuanNya..pun begitu ada juga rupanya jiran kampong ku yang berhijrah ke Felda tersebut...berpanjangan lah persaudaraan silaturohimmm..
penetapan tarikh dan sebagainya disepakati...seperti biasa aku hanya mengharapkan majlis yang ringkas dan terbaik...tetapi kali ini berlainan sedikit sebab keluarga aku yang kena berkunjung ke rumah bakal pengantin perempuan untuk majlis akad nikahnya...tanggal 10.11.12 menjadi tarikh pilihan kedua mempelai..
aku menyewa bas persiaran untuk kemudahan kengkawan ku yang ingin menyertai majlis akad nikah anakku, manakala adik beradik dan auyanh ummi menaiki kenderaan yang berasingan...masing2 bergerak sendiri, yang aku sediakan hanya homestay sebagai tempat penginapan, untuk rerakan ku yang menaiki bas, pihak pengantin perempuan menyediakan penginapan di Balai Raya yang alhamdulillah agak selesa keadaannya....
majlis berjalan lancar disebelah pihak perempuan dan selang seminggu ianya berlangsung di rumahku pula..
kali ini aku tidak menggunakan khidmat katerer tetapi masakannya menggunakan konsep rewang...memang penat tetapi ia dikendalikan dibeberapa tempat, contohnya, masak nasi dirumahku, sambal goreng dan daging dirumah tukang masak, dan untuk menyenangkan aku buat pesanan untuk ayam golek...
tiba hari yang dirancang, aku sangat berasa sedih...of coz sebab utama sidia tiada disisi...ALFATIHAH..
keduanya, aku terasa seperti kehilangan anak lelaki yang aku bergantung harap...maklum anak lelaki sulong kan...macam aku boleh rasa yang beliau akan lebih mengutamakan keluarga sendiri nanti..aku dakap ummi sambil terisak, yang aku boleh katakan padanya "aku akan kembali sendirian"...Allahu Akbar
ku kira penyatuan hati dan berkat pergaulan mesra bersama orang kampung membuahkan hasil yang sangat baik kerana perasaan saling membantu sangat la ketara hinggalah selesai majlis berlangsung...alhamdulillah syukur kehadrat Illaahi, walaupun sesampainya pengantin dihalaman rumah hujan turun membasahi bumi...
sedikit kecewa juga kerana ada anggota keluarga yang tidak kesampaian untuk hadir sama...
terima kasih anak2, saudara mara dan semua kengkawan yang terlibat secara langsung maupun tidak...
No comments:
Post a Comment