Tarikh 31 Disember, bagai tarikh keramat saban tahun...maklum hari terakhir bagi tahun masihi yang kita lalui....bagi tahun 2012...hari terakhirnya aku masih bekerja...di ofis pun tak ramai, almaklum, masing2 mengambil cuti panjang sebabnya hari tersebut jatuh ditengah2 hari sabtu ahad dan awal tahun pula adalah hari selasa....apa yang paling bestnya, jalan lengang...pegi balik keje laju la...
macam biasa, hari ni hari isnin, kebiasaannya aku puasa, mudah2an Allah SWT masih beri aku kekuatan untuk terus melaksanakan sehingga akhir hayatku...kebetulan menantu sulong aku ada di rumah...hmmm seronoknya bila balik dah ada orang tolong masakkan untuk persiapan untuk berbuka puasa...
aku juga bangga kerana anak sulong yang selalunya memang jarang ke dapur telah berusaha seboleh mungkin membuat kek batik bersama isteri beliau...alhamdulillah jadi dan sedapppp....syukur Ya Allah, kerana lembut hati anakku untuk membantu isterinya dan mudah2an Kau berikan redhaMu untuk terus dia menjadi hambaMu yang soleh...
Anak bongsuku pula dah awal2 minta izin untuk keluar malam ni, nak menyambut tahun baru katanya...sampai ke ICity juga dia bersama kawan2nya...aku hanya boleh berdoa agar beliau tidak terjebak dengan anasir2 negatif.......
ku tinggalkan segala kenangan pahit yang telah berlaku pada tahun 2012...memang menyakitkan tapi itukan nikmat ujian yang Allah beri padaku...yang manis ku nikmati dengan rasa kesyukuran...semoga aku bisa mencatat lebih kenangan manis di tahun 2013....amiin
No comments:
Post a Comment