Thursday, January 10, 2013

35. aPa laGi maHu mu???...

setinggi tinggi kesyukuran ku panjatkan kepadaMu Ya Rabbana...memberi ku sehari lagi bernafas...berfikir...dan menjalani kehidupan di bumi nyata Mu...
malam tadi, hari khamis malam Jumaat..sedang kami jemaah kariah Surau AlEhsan ingin memulakan membaca surah yassin, kami diberi perkhabaran ada jiran tetangga kami yang meninggal dunia jam 8.50 malam... Innalillahiwainna ilaihirojiun...kepadaMu jua kami akan kembali...beliau adalah  seorang ustazah yang banyak berjasa...antara yang tidak dapat aku lupakan ialah pengorbanan masanya untuk melatih kaum ibu untuk ber Marhaban...

....sesuatu bisikan yang tidak mungkin aku lupakan bila suatu ketika kumpulan Marhaban arwah dan kumpulan Marhaban aku bergabung untuk satu majlis..."alhamdulillah dan terima kasih, semuga usaha murni menyemarakkan ukhuwah begini dapat diteruskan".... begitu la kalimat terakhir beliau padaku...semoga roh arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman...

...kemudian, hingga waktu ini, ingatanku pada kematian semakin enjadikan aku gusar dan terasa ketakutan..terkadang terasa pipi ini basah dek mutiara jernih mengalir..sedih ...bukan kerana nak tinggalkan dunia fana ini tapi sedih kerana kurangnya bekalan yang akan dibawa...Allahu Akbar..

suasana di pejabat hari agak ceria kerana mereka membuat majlis meraikan kengkawan yang dah mencapai usia meningkat tahun lagi,,,iaitu meraikan mereka yang kelahiran bulan oktober, november dan disember...termasuk lah aku juga...hari dapat hadiah dan makan free sekali...walaupun bukan free sebenarnya...semua tu hasil tabungan kami yang dikutip bulanan...

sekali lagi ia mengingatkan akan kematian...Subhanallah...Engkau beri peringatan demi peringatan...


No comments:

Post a Comment