Allahu Akbar... masa 24 jam sehari yang diberi oleh Sang Pencipta berlalu dengan baik dan apakah yang telah ku lakukan demi meraih kebaikan??? Adakah ada debu2 pahala yang tersangkut dalam catatan harianku atau hanya timbunan dosa yang terpalit di diari catatan harianku???? Hanya padaMu ku pohon Ya Rabb...untuk Engkau berikan segala kebaikan dan hapuskan segala keburukkan...Engkau tutupkan segala keaiban kami dan muliakan kami sebagaimana mereka yang beriman....amiin
dah masuk 6 hari RABIULAWAL rupanya...semangat mengingati kelahiran Baginda Rasulullah SAW terkesan dihati...aku berusaha untuk lebih peka dan mempelajari dan menyemaikan sunnah2 baginda...kata orang kalau tak dapat buat semua jangan tinggal semua....insyaAllah mudah2an aku dapat beristiqomah...
marilah sama2 kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...agar semarak cintakan baginda tersemai dan bersemadi hingga hujung nyawa kita dan zuriat kita seterusnya...

3 hari aku menghadiri kursus di kampus Induk di Bestari Jaya...alhamdulillah, tidak lah aku merasa ke"boring"an dalam pekerjaan....dapat juga aku menambah ilmu...syukran Ya Allah diberi kesempatan...
pun begitu...ada jua pergolakkan dalaman diriku yang sangat rasanya kadang aku tak tertanggung untuk memikulnya...sangat berat ku rasakan...tidur malamku terganggu kerana fikiran negatif menerjah, nafsu amarah, sedih, hiba ku datang dengan sangat tinggi...meracuni fikiran tak stabil dan membuat hormon negatif berleluasa maharaje lela...
aku berusaha keras memaafkan diri ku sekali gus memaafkan semua insan tersayang di dunia ini...aku teringat cerita2 tentang hebatnya MEMAAFKAN...semoga aku diberi kekuatan untuk mengatasi nafsu amarah dan jengkel pada diri ku sendiri....
masih marah rupanya boss aku...kehadiran ku untuk kursus tidak disenangi dan apa jua lantikan yang dibuat membabitkan diri juga tidak direstui rupanya...ahhh begitu sekali ya bila orang dah marah dan tak suka pada kita...segalanya tentang kita mahu dilupuskan....dendam kesumat yang sangat tinggi...mudah2an Engkau Ya Rabb masih beri aku kekuatan untuk sentiasa mendoakan kebaikan terhadap mereka, keluarga dan para sahabat mereka...

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda:”Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya Allah menciptakan sifat marah itu dari api dan menjadikannya sebagai salah satu tabiat bagi manusia. Apabila terhalang salah satu hajat atau maksud seseorang. Adapun kekuatan marah itu tempatnya adalah di hati. Ertinya darah hati menggelegak untuk menuntut balas, dan kekuatan marah itu digunakan untuk menolak apa yang menyakitkan hatinya sebelum marahnya terjadi dan untuk menyembuhkan dan menuntut balas sesudah marahnya terjadi. Menuntut balas adalah makanan kekuatan tersebut dan keinginannya, kerana dengan menuntut balas akan terhasil kelegaannya, dan dia tidak akan tenteram melainkan dengan menuntut balas atau membalas dendam...nauzubillahiminzaliq
alhamdulillah...aku dihiburkan dengan gambar2 anak kedua ku yang pergi bercuti di Korea...semoga beliau selamat pergi dan balik dan diberikan kekuatan serta hidayahMu untuk menjadi anak yang solehah...
waban waktunya beliau akan upload gambarnya di Whatsapp family ku...dan kami sekeluarga dapat merasai gembira bersama, walaupun ada yang terasa "jelezzz"nya..Rezeki Allah SWT kepada mereka yang dikehendakiNya..
Aku berdoa semoga diberikan keluarga Sakinah dan kebaikan di dunia dan akhirat....
No comments:
Post a Comment