dalam pada aku rancak melangkah untuk terus berjaya dalam kerja, aku tak diputus diuji dengan pelbagai halangan....segalanya dilalui dengan sokongan org tercinta...bagiku tanpa sokongan beliau aku sangat la rapuh tambahan lagi diuji kami dengan pasangan ku mempunyai masalah dalam pekerjaannya..
walaupun beliau tidak menyuarakan nya tapi sebagai teman yang saban malam bersama aku dapat rasakan yang beliau sangat tertekan...aku redha dan sering kali memujuk supaya dia bersemangat utk terus bersama kami kerana aku sendiri tak pernah mempersoalkan keadaan kami...alhamdulillah penghidupan kami dalam keadaan sederhana...cukup makan minum...tak la semewah sesetengah keluarga yg berjaya dibawa utk "holiday" dan sebagainya...
aku sangat-sangat terkejut bila diberitakan bahawa pengunduran beliau di RAMD tu atas sebab persetujuan semasa mahu menikahi aku dulu...Ya Allah...bagaimana ini bisa terjadi...rupanya kerisauan abuyah ummi, takut aku akan selalu ditinggalkan semasa ada misi dan takut berpindah randah...Allahu Akbar
aku bersyukur dlm keadaan aku bersama dia begitu kami sentiasa bermohon agar sentiasa diberikan rahmat dan hidayah kasih sayang dariNya dan bersama kami mengorak langkah dalam mempelajari iqra' serta pengajian yang lain...
aku bahagia kerana kadang permulaan kerja ku dihantar oleh beliau dan balik dijemput, ku rasakan segala penat jerih ku hilang bila aku melihat dia dalam keadaan senyum...dan memang dia sebaik umat kerana sepanjang kami bersama belum pernah tangannya naik ke tubuh badan ku dan manisnya jerit herdik pun tak pernah, subhanallah...aku bersyukur kepadaMu kerna memberikan aku pasangan yang sangat menyayangi ku...
masa ni juga lah aku mula mencari tempat berteduh kami sendiri, yg mulanya kami memang berkeluarga bersama ibu mertu tetapi bila terdengar lemparan kata2nya "biar banyak rumah tapi jangan banyak serumah" , kami nekad untuk mencari rumah sendiri, dan akhirnya kami berjaya membeli sebuah rumah teres setingkat di Taman Desa Bakti...
di situlah kami berjumpa dengan jiran2 baru dan ada juga antara jiran kami itu adalah anak buah suami ku semasa di RAMD...hai kecilnya duniakan...
tiga orang anak2 ku yang kiut miut....alhamdulillah
semasa percutian di Medan
bersama "d only" abg ku (kanan)
kegemaran pasangan ku bila ada cuti
kegemaran mereka bila ada masa lapang
bersama sepupu sepapat yang baru balik
dari Australia
siap sedia ke sekolah
permulaan memboroi bagi pasangan ku ..huhu..












No comments:
Post a Comment