alhamdulillah rezeki Allah...dalam kesibukan menjaga anak2, persekolahan dan sebagainya serta kerja yang memang memerlukan komitmen, aku sekali lagi dikurniakan seorang cahaya mata lelaki...jadi aku mempunyai dua pasang cahaya mata... tahun kelahiran cahaya mata yang last ni mengingatkan aku akan tragedi HIGHLAND TOWER, runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang Selangor pada 11 Disember, 1993 yang mengorbankan 48 orang. sebab yang aku sangat ingat kerana masa ni aku dalam pantang dan aku menghadap tv untuk melihat liputan runtuhan..
aku sangat sangat bersyukur kerana aku dikurniakan dengan cahaya mata yang comel dan mogel semuanya...dan ku lalui waktu waktu pembesaran mereka dengan kesibukan mengejar waktu mencari rezeki dan karier...
ya Tuhan...sesungguhnya Engkau Maha Tahu akan keperluan dan ketentuan hambaMu...dan cabaran serta ujian dilalui disamping meraih keredhaanNya...
No comments:
Post a Comment