Wednesday, January 2, 2013

23. kemBali dari taNah Suci

alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilaahi kerana diberi kami kekuatan menjadi tetamuNya...banyak kenangan manis dan mendebarkan sepanjang di sana, dan kembali kami menjalani penghidupan sebagai hambaNya yang fakir dan dhaif...masa itu adalah diawal tahun 2007...


suamiku meneruskan kehidupannya dengan menyambung program kimoterapinya...aku lihat kesihatannya agak menurun kerana disamping suaranya yang tidak kedengaran, beliau juga kurang mahu makan...pun begitu kami lalui hari2 kami dengan kegembiraan...3 orang anak2ku tinggal berjauhan...seorang di Melaka, seorang di Kuantan dan seorang di Kelantan. Manakala yang bongsu tinggal bersama kami...


sampai pada suatu ketika yang tidak diduga aku mendapat panggilan talipon dari staf nurse Hospital Selayang....katanya suamiku baru sedar dari pengsan...mau pengsn juga aku mendengarnya kerana baru 10 minit yang lalu dia menalipon aku bahawa dia dah bergerak keluar dari bank menuju ke Hospital untuk membeli beg kolostominya...aku kehairanan macam mana dia boleh pengsan...sepanjang perjalananku dari ofis ke Hospital, fikiran ku sudang melayang2 dan butiran mutiara jernih memang tak kering di pipi...berderap jantungku bila mahu menjejakkan kaki ku ke wad kecemasan...

aku terus meluru mencari suamiku dan alhamdulillah dia sedar dan bila aku sampai dia cuba memeluk aku sambil menangis dan memohon maaf kerana tak dapat nak selamatkan duit yang dikeluarkan dari bank untuk membayar zakat...ahhh...gamaknya suamiku ni kena ragut rupanya...masih belum dapat membayarkan tentang keseriusan lukanya...dan mengikut kata jururawat yang ada disitu, suami ku akan di masukkan ke wad.

aku tercari2 doktor yang bertugas kerana rasa kekhuatiran akan nasib suamiku yang akan dimasukkan ke wad. aku merangkan kepadanya bahawa dia kena ke Hospital Besar untuk menjalani komiterapinya....alangkah luluhnya hatiku bila doktor tu menjawab.."kak saya lebih risaukan luka dikakinya"...terkedu aku sebab aku masih tak menjangka sedalam itu lukanya....rupanya dia dah terseret hampir 5 meter dengan memegang beg sandang yang mengandungi wang berjumlah RM10K...permukaan kaki kirinya teruk tersagat hingga buku lali dan ada juga tulangnya yang retak. Malam tu juga doktor meletakkan besi seperti arial tv di kakinya...aduiiii....kesiannya kerana dia menerima ujian yang belum tentu aku sendiri sanggup menanggungnya.








Allahu Akbar....dah tak terkeluar airmata menahan kesedihan...yang aku mampu hanya berada di sisinya untuk memberi semangat dan perangsang untuk dia lebih tabah dan mampu melawan segala  derita kesakitan.

dengan bantuan kakak iparku, pesara matron dia di pindahkan ke Hospital Besar kerana akan sekali lagi menjalani pembedahan besar untuk menampal kakinya yang luka...hampir dua minggu aku menjadi penghuni tetap di wad Ortopedik..sesekali ke wad Onkologi pulak...alhamdulillah Allah masih beri aku kekuatan untuk berada disamping beliau...

No comments:

Post a Comment