kehidupan ku keluar masuk hospital bersama suami tersayang...ku lihat keadaan tambah menurun, beliau kurang makan dan ubat sudah tak mahu nak ditelan...badannya dan semakin kurus. Pernah satu malam di wad onkologi, suami ku tak lena tidur, entah apa yang dimimpikan...jadi takut dibuatnya dan sepanjang malam aku pangku dia sambil aku berzikrullah...hanya Dia Maha Tahu apa yang aku rasakan waktu itu...
pagi tu sebelum keluar wad, doktor panggil aku dan memberitahu keadaan suamiku yang sebenarnya homoglobinnya semakin menurut dan daya keupayaan untuk melawan juga semakin nipis...Allahu Akbar...ku sembunyikan kesedihan didepannya seraya menceriakan dia agar tidak turut risau..
kebetulan keesokan harinya cuti umum...aku gagahi membawa suamiku pulang ke kampong ku untuk berjumpa abuyah dan ummi ku...aku juga tak tahu kenapa dia beriya hendak pulang dan ditemani oleh kawan yang aku panggil dia dengan panggilan Abg Man. Anehnya di kampong..kebetulan musim durian...menjamah juga dia buah kegemarannya durian...dan agak terharu kerana dikunjungi oleh jiran2 kampong yang bertandang ke rumah apabila mengetahui kami pulang....tidur malamnya sudah mula mengelisah...
ku usahakan juga dengan ubat kampong...bukan setakat dari kampong ku, hingga ke Melaka juga ku jejaki...hanya untuk mencari perantara untuk penyembuhannya. Sesungguhnya hanya Dia yang Menyembuhkan dan Meringankan segala bebanan...
Makan tak mahu, minum kurang, apa lagi makan ubat...katanya dia tidak mahu badannya ber"dadah" bila menghadap Ilaahi....Subhanallah..Aku tidak boleh menahan kesedihan bila membayangkan dia menahan kesakitan tanpa memakan ubat...
No comments:
Post a Comment