aku mula berusaha untuk mencari ketenangan hati...memohon agar hati sentiasa ikhlas dan redha akan segala ujian dariNya...berusaha membersihkan diri dari segala gangguan dan penyakit, dan almaklum sebagai insan yang sangat dhaif dan kerdil aku hanya mampu berusaha dan berserah...
anak2 dah hampir menamatkan pembelajaran di sekolah menengah dan mula melangkah untuk menyambung keperingkat yang seterusnya...semakin keperluan perbelanjaan bertambah...syukurnya Allah masih sentiasa membantu...aku putuskan segala kebutuhan dalam munajatku padaNya saban malam...
anak sulongku dapat menyambung di Politeknik Dungun, jurusan Kejuruteraan Mekanikal, manakala anak keduaku di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Mathematik dan anak ketiga di Kolej Islam di Kota Baru jurusan X-Ray..
yang sangat menyedihkan dan sebagai ujian terbesar pada ku dan suami adalah anak yang bongsu...pada awalnya sangat rajin dan boleh la aku katakan sederhana cerdik...cuma agak susah ditegur...
tahun berganti dengan urusan yang agak monotenes...tiada perbezaan, kecuali terkejar dengan urusan kerja dan anak2...hinggalah kesuatu saat dimana kesedaran untuk berubah itu datang...
aku bersama suami mula tercari-cari pembelajaran baru yang mahu kami pelajari sebagai bekalan dikemudian hari...aku bersama suami sepakat untuk belajar bahasa arab secara express...kelasnya dua hari seminggu, tiap hari sabtu dan ahad selama setahun...kelas habis tapi tak juga melekat perkataan arab dalam minda ni...kerasnya hati untuk menerima...Ya Allah ampunkan kami kerana kejahilan kami...
kemudian itu kami mengorak langkah untuk belajar IQRA'...cabaran sangat berat kerana aku bukan sahaja belajar untuk diri ku tapi aku membawa seberapa ramai kaum ibu di kariah ku untuk belajar sama...dua hari seminggu dan diajar oleh Uztaz , pensyarah UIA...
begitu juga dengan suami, mengumpulkan mereka dari kaum adam...mencabar betul, dan aku terpaksa mengikut setiap kelas kerana mahukan kaum2 ibu ini meneruskan pembelajaran walaupun pada mulanya ada yang tak hafal huruf rukyah...masyaAllah..
segalanya kehendak dan Rahmat serta Hidayah dariNya...pembelajaran Iqra' tamat dan kami sambung mukaddam...syukur kerana tamat mukadam kami semua dah boleh membaca AlQuran, walaupun masih ada yang merangkak...
oleh kerana Ustaz sangat sibuk dengan tugas mengajar dan berdakwah, pembelajaran kami berhenti setakat mukaddam, dan ada yang menyambung belajar dengan ustazah yang tinggal di kariah kami...
oleh kerana keempat anak2 ku sudah besar, maka masa terluang agak terasa terutama di hari hujung minggu...aku bukan jenis yang suka duduk diam...setelah kelas pengajian Iqra' tamat, aku memikirkan apa lagi aktiviti yang aku nak ketengahkan...terutama ditempat kawasan dipinggir bandar yang rata2 nya sudah bermentalitikan "engkau2, aku2"...
alhamdulillah bila tiba bulan Ramadhan, suami ku telah mengusahakan untuk kanak2 yang dibawah umur 15 tahun untuk bertadarus sepanjang malam selepas terawih dan sambutannya, subhanallah sangat menggalakkan...aku pula mengumpulkan kaum ibu untuk turut serta dan peliknya, masing2 nak satu group dengan aku...
sememangnya aku suka sangat berpesatuan dari sekolah menengah ke Universiti dan sekarang kawasan kejiranan ku..aku membuat suatu percubaan yang besar dimana aku ingin menubuhkan kumpulan Yasin Wanita. Lama juga aku fikirkan dan buat pertama kali aku mencuba utk dilakukan dirumah ku sendiri. Hambar, hanya 6 orang sahaja yang hadir dan aku tak berputus asa...dari 6 orang ia meningkat saba n minggu dan hingga kini, alhamdulillah hampir kesemua kaum ibu yang turut serta dalam kumpulan kami...siap dah ada uniform orang seponser...
dari Kumpulan Yasin AlEhsan...tertubuh lak kumpulan Marhaban AlEhsan - pernah menjuarai pertandingan di peringkat Daerah. dan kini kumpulan kami sudah mendapat undangan di sana sini.
tak putus dengan itu aku bersama suami aktif menjadi AJK Jawatan Kuasa Keselamatan Kampong (JKKK) dan menjadi sukarelawan RELA begitu juga menjadi AJK Surau. Pendek kata apa saja aktiviti kat kampong tu muka kami memang ada la...tukang kerja..
AJK JKKK
AJK JKKK
AJK JKKK Wanita
GROUP TADARUS
TADARUS
GROUP TADARUS
GROUP TADARUS
QURBAN
GOTONG ROYONG QURBAN
GOTONG ROYONG QURBAN
GOTONG ROYONG MEMASAK - QURBAN
SAMBUTAN HARI IBU
SAMBUTAN HARI IBU
SADIS !! SAMBUTAN HARI IBU
SAMBUTAN HARI IBU
AJK SAMBUTAN HARI IBU
SAMBUTAN HARI IBU BERSAMA DR RUBIAH
SAMBUTAN HARI IBU BERSAMA DR HAFIDZAH
MENGACARA SAMBUTAN HARI IBU
SELAMAT HARI IBU
PENDAFTARAN SAMBUTAN HARI IBU
BERSAMA PENCERAMAH
BERSAMA TOK KETUA
BERSAMA ABUYAH UMMI DR RUBIAH
ABUYAH MENITIS AIRMATA
GOTONG ROYONG
MAULIDUL RASUL
MAULIDUL RASUL
BERSAMA KAUM IBU
JALAN NAIK TRAIN







.jpg)





















