cepatnya waktu waktu berlalu...adakah dek kerana usia semakin, jadi kita merasakan masa berlalu dengan begitu pantas, sedangkan masa 24 jam sehari yang ada tidak berubah walau sesaat....Allahu Akbar...hari ni jalan sangat lengang...maklum cuti hari Wilayah ...
Selawat dan salam keatas baginda Rasulullah saw, keluarga dan para sahabat..Ya Allah Engkau kuatlah minda dan qalbuku untuk sentiasa mencintai baginda, seronok mempelajari sirahnya dan mampu mengikut sunnah baginda....
...nikmat ujian Mu sangat menebal yang menguji kesabaran..kesabaran tidak ada batas, yang ada cuma ketebalan emosi amarah dan kecemburuan keduniaan..masyaAllah bantu kami hamba2Mu untuk sentiasa berada dalam kesabaran dan keikhlasan sanubari...
...perancanganMu yang Allah yang Maha Baik, Engkau mengetahui segala yang kami tak mampu untuk memikirkan..aku hanya mampu untuk menyerahkan diriku dan anak2ku di bawah perlindungan Mu...
...Rabiul Awal melangkah lalu...Alhamdulillah program yang direncana di tempat tinggalku berjalan dengan lancar, bermula dengan pemberian minum pagi dan dilanjutkan dengan perarakkan keliling kampong...ramai juga yang turut serta...semangat kecintaan pada Rasulullah saw...yang seronok bila sambut menyambut laungan selawat..siap berkompang bergendang...
...selesai perarakkan...kami sambut dengan majlis bercukur jambul...mulanya yang mendaftar hanya 7 bayi sahaja...bila saat majlis dimulakan dah bertambah jadi 13 pulak..alhamdulillah, ada juga yang ber"akiqah"...syukur Ya Rabb...kesedaran ini masih ada dikalangan kami.. meriahnya majlis, kerana setiap peserta kami syaratkan membawa bunga telor yang tidak berisi telor sendiri...so boleh nampak kepelbagaian krietiviti masyarakat kampong...disudahi dengan makan tengahari...cukup memuaskan dan alhamdulillah kerana makanan yang dihidangkan pun sedap-sedap....
...untuk sekelian kalinya, cuti Maulidulrasul ini bersambung dengan cuti Thaipusam so agak panjang juga...dua hari sebelum maulid aku dah MC dua hari, demam selsema...masa cuti ni anak2, menantu dan cucu pun ada...Ya Allah nikmatnya berkeluarga...aku sangat merasa bahagia atas kurniaan Mu ini...berkesempatan kami semua duduk sama-sama...dan aku habiskan masa bersama mereka...sempat juga round tengok wel wel sambil mendukung cucu...
...rupanya Allah bagi kegembiraan tidak berpanjangan...adakalanya rasa jua kesedihan atas kepelbagaian alasan jua...entah apa lagi rasa...yang penting Ya allah..pandu aku untuk meneruskan kehidupan ini ...kami mohon kehidupan yang husnul khotimah dan pengakhiran yang husnul khotimah jua...
gambar2 semasa sambutan Maulidurrasul dan santai bowling bersama anak cucu...
Thursday, January 31, 2013
Sunday, January 20, 2013
37. huJung miNggu yang BerLalu
subhanallah....syukur alhamdulillah masih diberi kekuatan dan keupayaan untuk bernafas dan bergerak...diuji dengan demam dari hari Jumaat hingga saat ini...
kejutan hari Jumaat masih terasa...aku disingkirkan dan aku juga dijadikan sebab musabab pergolakkan...aku diberitahu bahawa teman ku telah mengalami gangguan kesihatan...BPnya sangat tinggi hingga muntah2...dan diberitakan telah masuk wad...ahhh adakah kerana aku bencana ini terjadi...Ya Allah...Engkau ampunilah dosa2 ku andai ianya benar...banyak sangat dosa ku yang menyebabkan tidak disenangi oleh hamba2Mu yang lain...astagfirullah hal'azim.
ku lalui hari2 ku dengan perasaan tidak enak...Allahu Akbar...pengisian masa dengan aktiviti yang Allah sendiri merencanakan...membantu pengurusan jenazah...menghadirkan diri majlis walimatulurus..perjumpaan dengan kenalan lama..menghadiri majlis ilmu...alhamdulillah Ya Allah kerana pengisian waktu itu dan semuga Engkau redhai..
terasa kekosongan dalam hati...sunyi...dan macam2 perasaan...aku hanya bisa melihat empat dinding dan siling rumah yang membisu..tak tertahan mengalir air jernih dipipi..membasahi bantal ku...terngiang2 lagu Alleycats ditelinga ku...
andainya aku pergi dulu....
kejutan hari Jumaat masih terasa...aku disingkirkan dan aku juga dijadikan sebab musabab pergolakkan...aku diberitahu bahawa teman ku telah mengalami gangguan kesihatan...BPnya sangat tinggi hingga muntah2...dan diberitakan telah masuk wad...ahhh adakah kerana aku bencana ini terjadi...Ya Allah...Engkau ampunilah dosa2 ku andai ianya benar...banyak sangat dosa ku yang menyebabkan tidak disenangi oleh hamba2Mu yang lain...astagfirullah hal'azim.
ku lalui hari2 ku dengan perasaan tidak enak...Allahu Akbar...pengisian masa dengan aktiviti yang Allah sendiri merencanakan...membantu pengurusan jenazah...menghadirkan diri majlis walimatulurus..perjumpaan dengan kenalan lama..menghadiri majlis ilmu...alhamdulillah Ya Allah kerana pengisian waktu itu dan semuga Engkau redhai..
terasa kekosongan dalam hati...sunyi...dan macam2 perasaan...aku hanya bisa melihat empat dinding dan siling rumah yang membisu..tak tertahan mengalir air jernih dipipi..membasahi bantal ku...terngiang2 lagu Alleycats ditelinga ku...
andainya aku pergi dulu....
Thursday, January 17, 2013
36. minGGu ke 3 2013
Allahu Akbar... masa 24 jam sehari yang diberi oleh Sang Pencipta berlalu dengan baik dan apakah yang telah ku lakukan demi meraih kebaikan??? Adakah ada debu2 pahala yang tersangkut dalam catatan harianku atau hanya timbunan dosa yang terpalit di diari catatan harianku???? Hanya padaMu ku pohon Ya Rabb...untuk Engkau berikan segala kebaikan dan hapuskan segala keburukkan...Engkau tutupkan segala keaiban kami dan muliakan kami sebagaimana mereka yang beriman....amiin
dah masuk 6 hari RABIULAWAL rupanya...semangat mengingati kelahiran Baginda Rasulullah SAW terkesan dihati...aku berusaha untuk lebih peka dan mempelajari dan menyemaikan sunnah2 baginda...kata orang kalau tak dapat buat semua jangan tinggal semua....insyaAllah mudah2an aku dapat beristiqomah...
marilah sama2 kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...agar semarak cintakan baginda tersemai dan bersemadi hingga hujung nyawa kita dan zuriat kita seterusnya...

dah masuk 6 hari RABIULAWAL rupanya...semangat mengingati kelahiran Baginda Rasulullah SAW terkesan dihati...aku berusaha untuk lebih peka dan mempelajari dan menyemaikan sunnah2 baginda...kata orang kalau tak dapat buat semua jangan tinggal semua....insyaAllah mudah2an aku dapat beristiqomah...
marilah sama2 kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...agar semarak cintakan baginda tersemai dan bersemadi hingga hujung nyawa kita dan zuriat kita seterusnya...

3 hari aku menghadiri kursus di kampus Induk di Bestari Jaya...alhamdulillah, tidak lah aku merasa ke"boring"an dalam pekerjaan....dapat juga aku menambah ilmu...syukran Ya Allah diberi kesempatan...
pun begitu...ada jua pergolakkan dalaman diriku yang sangat rasanya kadang aku tak tertanggung untuk memikulnya...sangat berat ku rasakan...tidur malamku terganggu kerana fikiran negatif menerjah, nafsu amarah, sedih, hiba ku datang dengan sangat tinggi...meracuni fikiran tak stabil dan membuat hormon negatif berleluasa maharaje lela...
aku berusaha keras memaafkan diri ku sekali gus memaafkan semua insan tersayang di dunia ini...aku teringat cerita2 tentang hebatnya MEMAAFKAN...semoga aku diberi kekuatan untuk mengatasi nafsu amarah dan jengkel pada diri ku sendiri....
masih marah rupanya boss aku...kehadiran ku untuk kursus tidak disenangi dan apa jua lantikan yang dibuat membabitkan diri juga tidak direstui rupanya...ahhh begitu sekali ya bila orang dah marah dan tak suka pada kita...segalanya tentang kita mahu dilupuskan....dendam kesumat yang sangat tinggi...mudah2an Engkau Ya Rabb masih beri aku kekuatan untuk sentiasa mendoakan kebaikan terhadap mereka, keluarga dan para sahabat mereka...
masih marah rupanya boss aku...kehadiran ku untuk kursus tidak disenangi dan apa jua lantikan yang dibuat membabitkan diri juga tidak direstui rupanya...ahhh begitu sekali ya bila orang dah marah dan tak suka pada kita...segalanya tentang kita mahu dilupuskan....dendam kesumat yang sangat tinggi...mudah2an Engkau Ya Rabb masih beri aku kekuatan untuk sentiasa mendoakan kebaikan terhadap mereka, keluarga dan para sahabat mereka...
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda:”Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya Allah menciptakan sifat marah itu dari api dan menjadikannya sebagai salah satu tabiat bagi manusia. Apabila terhalang salah satu hajat atau maksud seseorang. Adapun kekuatan marah itu tempatnya adalah di hati. Ertinya darah hati menggelegak untuk menuntut balas, dan kekuatan marah itu digunakan untuk menolak apa yang menyakitkan hatinya sebelum marahnya terjadi dan untuk menyembuhkan dan menuntut balas sesudah marahnya terjadi. Menuntut balas adalah makanan kekuatan tersebut dan keinginannya, kerana dengan menuntut balas akan terhasil kelegaannya, dan dia tidak akan tenteram melainkan dengan menuntut balas atau membalas dendam...nauzubillahiminzaliq
alhamdulillah...aku dihiburkan dengan gambar2 anak kedua ku yang pergi bercuti di Korea...semoga beliau selamat pergi dan balik dan diberikan kekuatan serta hidayahMu untuk menjadi anak yang solehah...
waban waktunya beliau akan upload gambarnya di Whatsapp family ku...dan kami sekeluarga dapat merasai gembira bersama, walaupun ada yang terasa "jelezzz"nya..Rezeki Allah SWT kepada mereka yang dikehendakiNya..
Aku berdoa semoga diberikan keluarga Sakinah dan kebaikan di dunia dan akhirat....
Thursday, January 10, 2013
35. aPa laGi maHu mu???...
setinggi tinggi kesyukuran ku panjatkan kepadaMu Ya Rabbana...memberi ku sehari lagi bernafas...berfikir...dan menjalani kehidupan di bumi nyata Mu...
malam tadi, hari khamis malam Jumaat..sedang kami jemaah kariah Surau AlEhsan ingin memulakan membaca surah yassin, kami diberi perkhabaran ada jiran tetangga kami yang meninggal dunia jam 8.50 malam... Innalillahiwainna ilaihirojiun...kepadaMu jua kami akan kembali...beliau adalah seorang ustazah yang banyak berjasa...antara yang tidak dapat aku lupakan ialah pengorbanan masanya untuk melatih kaum ibu untuk ber Marhaban...
....sesuatu bisikan yang tidak mungkin aku lupakan bila suatu ketika kumpulan Marhaban arwah dan kumpulan Marhaban aku bergabung untuk satu majlis..."alhamdulillah dan terima kasih, semuga usaha murni menyemarakkan ukhuwah begini dapat diteruskan".... begitu la kalimat terakhir beliau padaku...semoga roh arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman...
...kemudian, hingga waktu ini, ingatanku pada kematian semakin enjadikan aku gusar dan terasa ketakutan..terkadang terasa pipi ini basah dek mutiara jernih mengalir..sedih ...bukan kerana nak tinggalkan dunia fana ini tapi sedih kerana kurangnya bekalan yang akan dibawa...Allahu Akbar..
suasana di pejabat hari agak ceria kerana mereka membuat majlis meraikan kengkawan yang dah mencapai usia meningkat tahun lagi,,,iaitu meraikan mereka yang kelahiran bulan oktober, november dan disember...termasuk lah aku juga...hari dapat hadiah dan makan free sekali...walaupun bukan free sebenarnya...semua tu hasil tabungan kami yang dikutip bulanan...
sekali lagi ia mengingatkan akan kematian...Subhanallah...Engkau beri peringatan demi peringatan...
34. SYUKUR PADA MU YA RABBANA...
alhamdulillah...minggu pertama tahun baru 2013 berlalu dengan begitu pantas dirasakan...walaupun nyata 24 jam waktu yang Allah SWT berikan itu tetap sama, tetapi perasaan manusia yang Allah berikan itu nyata berbeda sepanjang waktunya...kadang kita rasakan ia begitu lambat, kadang begitu pantas ianya berlalu tanpa kita sedari ia berlalu...
sempat juga ku lalui minggu pertama ini dengan bersilaturrohmi bersama adik beradik dan anak2 saudara ku...sempat kami "lunch n dinner" bersama...alhamdulillah Ya Allah...semoga Engkau berikan kesempatan begitu sepanjang hayat kami masih dikandung badan..
syukur Ya Rabbana, kerana masih beriku ruang dan peluang! Hampir separuh abad Allah beriku bernafas, menghirup udara nyaman di maya pada penuh berliku...! Penuh ujian, penuh pancaroba tapi penuh kasih sayang...! KASIH SAYANG Allah RabbulJalil...! Banyak salah, banyak silap, banyak lalai, banyak alpa dan terlalu banyak yang lupa...!!! Lupa pada diri, lupa pada tanggungjawab, lupa pada rahmat dan nikmat, tapi KASIH SAYANG Allah tetap mengiringi...! Pasrahku..., rinduku..., insafku..., tenggelam dalam KASIH SAYANG Allah yang melimpah ruah ...!!!
Tuhanku...!!! Engkau amat PENGASIH, Engkau amat PENYAYANG! Meskipun banyak dosa hambaMu ini..., Kau masih lagi memandangku..., Kau masih beriku masa..., Kau masih redhakan rezkiMu..., Kau masih benarkan kupinjam peralatanMu...! Kau masih beriku kesihatan disaat ini..., Kau masih beriku bahagia bersama keluarga...! Kau curahkan segala nikmat untukku gapai..., Kau hamparkan kehidupan ini untukku lewati, sudah hampir separuh abad yang lalu...! Adakah waktu itu terisi penuh kualiti? Adakah telah kulaksanakan semua amanahMu? Adakah sudah cukup bekalku untuk dibawa bersama...? Adakah... Adakah...? Adakah...? Tanya dan jawablah dengan tulus, tentu hasilnya belum ataupun tidak! Semoga aku menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur!!!
Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?(Ar-Rahman : 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77) Maha Suci Nama TuhanMu Pemilik Keagungan dan Kemuliaan!!! (Ar-Rahman : 78) Terlalu banyak nikmat yang telah Engkau berikan, duhai Tuhanku...! Ampunilah daku...! Tunjukkan Aku Jalan Yang Lurus...!(Al-Fatihah : 6)
Bantulah aku...! Peliharalah aku...! Bimbingilah aku...! Tempatkanlah aku dalam golongan hambaMu yang soleh, hambaMu yang beriman, dan hambaMu yang benar-benar bertakwa!!! Takut dan tawadduk dengan segala nikmatMu! Ikhlas dan luhurkanlah jiwa ini, ya Allah! Kasihi kedua ibu bapaku, berkatilah suami dan anak-anakku, saudara maraku, sahabat-sahabatku, rakan sejawatku, juga jiran-jiranku. Lembayungkanlah magfirahMu kepada mereka yang mengelilingiku ini...!!! Engkau berikanlah taufik hidayahMu pada kami semua, ya Allah! Pegang dan ikatlah hati kami untuk membela agamaMu, menjaga syariatMu, ya Allah!!! Tautkan kasih sayang kami hanya keranaMu, ya Allah! Terimalah taubat hamba-hambaMu, ya Allah...!
Monday, January 7, 2013
33. meNerobos wAktu bErsaMa aNak2...
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]
alhamdulillah syukur ku panjatkan kehadrat Ilaahi kerana bisa memberi waktu2 yang sangat berharga untuk ku bersama anak2 pumpung diberi "sedikit kesenangan"...
Memetik kata-kata Imam Nawawi di dalam kitab al-Majmuk. Terdapat dua nikmat yang selalu dilupakan oleh kita iaitu masa lapang dan sihat, kerana ia manusia selalu lapang dan sihat berbanding terlalu sibuk dan sakit.Namun, mungkin kerana terlalu banyak masa lapang & sihat itulah yang menyebabkan kita menjadi kurang bersyukur serta beralih fokus ke arah duniawi...
dikesempatan yang diberi olehNya, aku bisa bersyukur dan bisa juga mengajak anak2ku sama bersyukur sambil melihat2 pandangan luar kotak minda...tak mampu untuk bermewah2 tapi cukup sekadar dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan bersama yang tersayang...
saat percutian bersama2 mereka di Beijing ...
kami ke tembok besar China dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan mereka borong apa yang mereka suka terutamanya "Croc"....
Sunday, January 6, 2013
32. menjelanG taHun Baru 2013
di gazetkan bahawa 1 Januari saban tahun adalah cuti umum bagi Malaysia tetapi tidak untuk semua negeri di dalamnya, contohnya seperti Johor...begitulah nasibnya menantu sulong yang saja ponteng tak kerja sebab kami di Selangor cuti...maka bersambunglah merehatkan diri di rumah...
pagi lagi aku dah bersarapan di "port" biasa kami....hari ni aku pekena nasi goreng bersama mee hun goreng...utk bawa balik aku cuma beli beberapa potong kuih sahaja..pun begitu memandangkan hari cuti dan anak2 ada di rumah aku belikan juga mereka nasi lemak untuk sarapan...
kami amat teruja untuk menunggu waktu tengahari kerana kami dijemput oleh kakak iparku (kakak arwah suamiku) untuk lunch di rumah anak keduanya di Puchong...sharp pukul 12 katanya kena ada di sana.. sedang berita itu diterima, anakku bersama isterinya sibuk membuat kek batik dan pai buah untuk dijadikan sebagai buah tangan buat mereka. Tepat jam 11 kami berangkat pergi dan alhamdulillah jalan tidak sesak...
walaupun jauh tapi senang dicari kerana anak ku pun tinggal berdekatan dengan kawasan perumahan anak saudaraku...sesampai kami di rumahnya...lengang...kami lah keluarga pertama yang sampai, lebih kurang jam 12 tgh....sungguh lama aku tak berjumpa dengan anak buah ku ini, seingat aku masa mereka menikah dulu...dan sekarang dia dah punya 2 org cahaya mata...sambil menunggu yang lain kami berborak dengan anak saudaraku yang kerja sebagai paramedik disebuah syarikat antarabangsa...
kemudian terlihat kedatangan tetamu yang diundang satu persatu...ahh..kenapa ada orang lain yang kami tak kenal...firasatnya, mungkin ini kenalan anak sedaraku kerana dia pun kata buat "house warming" juga...
yang ditunggu kakak iparku pun sampai, ada panggilan baru untuknya iaitu Zaza...aduhhhh...rupanya dengan kumpulan yang ingin membuat demontrasi perniagaan...kami anak beranak menjeling antara satu sama lain dan berkomunikasi whatsapp menyatakan rasa kurang selesa sebab ingatkan acara lunch keluarga sahaja...ku lihat ada kakak ipar ku yang lain bersama anak2nya dan juga adik iparku bersama dua anak gadisnya..mereka juga agak terkejut kerana masing2 ingat lunch keluarga kerana antara kami memang ada yang sudah lama tak berjumpa...Allahu Akbar...
acara pertama dimulai dengan ucapan dari senior dan kemudian nasib baik diselangi dengan makan tengahari...alhamdulillah, waktu inilah kami sempat berborak antara satu sama lain...dan selepas makan, kami mengambil kesempatan untuk berundur kerana kebetulannya anak menantu ku hendak balik ke Johor...so ada juga la excuse nya...
kami menuju ke TBS dan bas ke Johor jam 3.45 petang, kira2 setengah jam juga anak menantu ku kena tunggu...mudah2an dia selamat sampai...
malang tak berbau, kira2 jam 9.30 mlm aku mendapat perkhabaran yang menantu aku dah satu jam duduk di tepi highway di Yong Peng kerana bas rosak. Masa tu pulak bateri talipon dan memang sangat nak habis. sempat menyampaikan pesanan ringkasan minta dia bersabar ajelah...
akhirnya sampai dia di Larkin Johor jam 11.30 malam, itu pun tumpang bas lain yang kebetulan memamng ada hanya seat jer yang kosong....
semoga pengalaman begitu membuatkan beliau lebih tabah...amiin....
31. amBang 2013
Tarikh 31 Disember, bagai tarikh keramat saban tahun...maklum hari terakhir bagi tahun masihi yang kita lalui....bagi tahun 2012...hari terakhirnya aku masih bekerja...di ofis pun tak ramai, almaklum, masing2 mengambil cuti panjang sebabnya hari tersebut jatuh ditengah2 hari sabtu ahad dan awal tahun pula adalah hari selasa....apa yang paling bestnya, jalan lengang...pegi balik keje laju la...
macam biasa, hari ni hari isnin, kebiasaannya aku puasa, mudah2an Allah SWT masih beri aku kekuatan untuk terus melaksanakan sehingga akhir hayatku...kebetulan menantu sulong aku ada di rumah...hmmm seronoknya bila balik dah ada orang tolong masakkan untuk persiapan untuk berbuka puasa...
aku juga bangga kerana anak sulong yang selalunya memang jarang ke dapur telah berusaha seboleh mungkin membuat kek batik bersama isteri beliau...alhamdulillah jadi dan sedapppp....syukur Ya Allah, kerana lembut hati anakku untuk membantu isterinya dan mudah2an Kau berikan redhaMu untuk terus dia menjadi hambaMu yang soleh...
Anak bongsuku pula dah awal2 minta izin untuk keluar malam ni, nak menyambut tahun baru katanya...sampai ke ICity juga dia bersama kawan2nya...aku hanya boleh berdoa agar beliau tidak terjebak dengan anasir2 negatif.......
ku tinggalkan segala kenangan pahit yang telah berlaku pada tahun 2012...memang menyakitkan tapi itukan nikmat ujian yang Allah beri padaku...yang manis ku nikmati dengan rasa kesyukuran...semoga aku bisa mencatat lebih kenangan manis di tahun 2013....amiin
30. PenYambung zuRiat..
seusia ku begini...apa lagi yang ku harapkan kecuali menambah bilangan ahli anggota keluarga penyambung zuriat...
cita2ku memang sangat beringinkan ada anggota keluarga yang menjadi AlQuran bergerak...itu juga harapan arwah...semoga ia akan menjadi kenyataan...aku terapkan keinginan kepada semua anak2ku...kalaupun mereka tidak dapat memenuhi impianku...mungkin melalui cucuku pula..
anak ketigaku disahkan mengandung...alhamdulillah...setelah sembilan bulan lebih maka lahirlah anggota baru dalam keluargaku - September 2011...seorang anak perempuan yang mungel...syukur ya Allah cukup sifatnya...
aku mencutikan diriku dan terbang ke Bumi Kenyalang untuk menziarahi anak menantuku sambil melihat cucuku sendirian...gitulah adat hidup sendiri...walaupun perasaan cuak dan takut tu ada...tapi ku pulangkan kembali perasaan itu pada yang punya perasaan...
doaku semoga anak2ku dan zuriat keturunanku menjadi hambaMu yang soleh dan solehan dan Ya Allah...kurniakan la kami berada dalam keluarga Sakinah Mawaddah AlRohmah...amiin...
beri lah kami penghidupan dan pengakhirat penghidupan yang khusnul Khotimah...amiin
jauhkan kami dari azab api nerakaMu Ya Allah...
29. Menyunting....
selesai disunting tiba giliran aku pula menyunting bunga di taman...tak kemana juga sebab bakal menantuku rupanya dari daerah berdekatan dengan besanku yang mula2...dari Keratong aku ke Palong Timur...itulah namanya takdir dan aku sangat berterima kasih kerana diberikan menantu sulong yang baik...
orang yang ku hendak hampiri rupanya memang kalau tak silap aku berbau bacang juga dengan saudara sebelah makcik aku yang dari Semerah batu Pahat...wahai2..kecil dunia bila ini semua sudah ketentuanNya..pun begitu ada juga rupanya jiran kampong ku yang berhijrah ke Felda tersebut...berpanjangan lah persaudaraan silaturohimmm..
penetapan tarikh dan sebagainya disepakati...seperti biasa aku hanya mengharapkan majlis yang ringkas dan terbaik...tetapi kali ini berlainan sedikit sebab keluarga aku yang kena berkunjung ke rumah bakal pengantin perempuan untuk majlis akad nikahnya...tanggal 10.11.12 menjadi tarikh pilihan kedua mempelai..
aku menyewa bas persiaran untuk kemudahan kengkawan ku yang ingin menyertai majlis akad nikah anakku, manakala adik beradik dan auyanh ummi menaiki kenderaan yang berasingan...masing2 bergerak sendiri, yang aku sediakan hanya homestay sebagai tempat penginapan, untuk rerakan ku yang menaiki bas, pihak pengantin perempuan menyediakan penginapan di Balai Raya yang alhamdulillah agak selesa keadaannya....
majlis berjalan lancar disebelah pihak perempuan dan selang seminggu ianya berlangsung di rumahku pula..
kali ini aku tidak menggunakan khidmat katerer tetapi masakannya menggunakan konsep rewang...memang penat tetapi ia dikendalikan dibeberapa tempat, contohnya, masak nasi dirumahku, sambal goreng dan daging dirumah tukang masak, dan untuk menyenangkan aku buat pesanan untuk ayam golek...
tiba hari yang dirancang, aku sangat berasa sedih...of coz sebab utama sidia tiada disisi...ALFATIHAH..
keduanya, aku terasa seperti kehilangan anak lelaki yang aku bergantung harap...maklum anak lelaki sulong kan...macam aku boleh rasa yang beliau akan lebih mengutamakan keluarga sendiri nanti..aku dakap ummi sambil terisak, yang aku boleh katakan padanya "aku akan kembali sendirian"...Allahu Akbar
ku kira penyatuan hati dan berkat pergaulan mesra bersama orang kampung membuahkan hasil yang sangat baik kerana perasaan saling membantu sangat la ketara hinggalah selesai majlis berlangsung...alhamdulillah syukur kehadrat Illaahi, walaupun sesampainya pengantin dihalaman rumah hujan turun membasahi bumi...
sedikit kecewa juga kerana ada anggota keluarga yang tidak kesampaian untuk hadir sama...
terima kasih anak2, saudara mara dan semua kengkawan yang terlibat secara langsung maupun tidak...
28. di SuntinG
sudah memang menjadi lumrah dan fitrah manusia....dilahirkan...dibesarkan...mendapat pendidikan...tamat pengajian...dan apa lagi kesudahannya dibawah tanggung ibubapa adalah menyunting atau disunting oleh hambaNya yang lain...begitulah yang terjadi pada anak ketiga ku...
diam tak diam..sudah ada yang berkenan dan kebetulan keduanya berkhidmatan di Bumi Kenyalang...memikirkan tiada saudara mara dan tiada apa lagi yang mahu ditunggu, maka aku merencanakan agar mereka dinikahkan dengan segera...
rombongan dari Felda Keratong pun sampai dan tanpa meletakkan syarat, aku sekeluarga setuju dengan hantaran yang disetujui sendiri oleh kedua2 bakal pengantin...pada aku, kalau aku yang tetapkan nanti besar kemungkinan akan membebankan mereka, sedangkan mereka baru sahaja mahu memulakan hidup...
segala persiapan dilakukan dan tarikh 25 Disember 2010 sah anak ku nomor 2 diiajab kabulkan dirumah kami...
sangat berat sebenarnya aku rasanya...maklumlah nak menguruskan majlis walimatul urus sendirian tanpa pasangan...walaupun anak2 ada, tak sama rasanya...sedang mereka yang punya pasangan pun mengatakan sangat berat ini kan pula aku cuma sebelah tangan...
segalanya ku uruskan sendiri...dari membuat kad, pengedaran...mencari goodies...katerer dan segala persiapan yang berkaitan...tak ketinggalan juga aku buat sedikit ubah suai rumahku, maklumlah rumah peninggalan ibu mertua dan suami ku...diam tak diam termasuklah mengecat semula rumah tersebut...tak banyak tanya yang aku boleh buat bayar ajelah.....itupun rasanya dah lari bajet...huhu...
sangat aku berterima kasih pada semua anak2 yang dengan sungguh2 membantu...alhamdulillah terubat juga rindu pada beliau yang telah selamat dipengabdiannya....
pelbagai program diatur...maklum la...niat nak menjamu tu sentiasa berada dalam fikiran dan semahuku aku ingin juga membuktikan bahawa aku juga boleh menguruskan program besar begini ...
sehari sebelum pernikahan aku jemput kengkawan yasinan ku membaca yasin selepas asar, kemudian malamnya ku sambung dengan program Marhaban potong jambul anak sedaraku...walaupun pun, aku rasa berbaloi dan terhibur juga...
paginya upacara akad nikah dilangsungkan...berjalan dengan lancar dan diikuti dengan majlis bersanding...amiin...
walaupun ada "hick-up" sana sini, tapi aku kira keseluruhannya majlis itu berjalan dengan jayanya...
kepada hamba Allah yang sangat dekat dihatiku, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana berada disisi dan juga membantu dari segala segi....semuga segala niat kita hanya kerana Allah SWT....
diam tak diam..sudah ada yang berkenan dan kebetulan keduanya berkhidmatan di Bumi Kenyalang...memikirkan tiada saudara mara dan tiada apa lagi yang mahu ditunggu, maka aku merencanakan agar mereka dinikahkan dengan segera...
rombongan dari Felda Keratong pun sampai dan tanpa meletakkan syarat, aku sekeluarga setuju dengan hantaran yang disetujui sendiri oleh kedua2 bakal pengantin...pada aku, kalau aku yang tetapkan nanti besar kemungkinan akan membebankan mereka, sedangkan mereka baru sahaja mahu memulakan hidup...
segala persiapan dilakukan dan tarikh 25 Disember 2010 sah anak ku nomor 2 diiajab kabulkan dirumah kami...
sangat berat sebenarnya aku rasanya...maklumlah nak menguruskan majlis walimatul urus sendirian tanpa pasangan...walaupun anak2 ada, tak sama rasanya...sedang mereka yang punya pasangan pun mengatakan sangat berat ini kan pula aku cuma sebelah tangan...
segalanya ku uruskan sendiri...dari membuat kad, pengedaran...mencari goodies...katerer dan segala persiapan yang berkaitan...tak ketinggalan juga aku buat sedikit ubah suai rumahku, maklumlah rumah peninggalan ibu mertua dan suami ku...diam tak diam termasuklah mengecat semula rumah tersebut...tak banyak tanya yang aku boleh buat bayar ajelah.....itupun rasanya dah lari bajet...huhu...
sangat aku berterima kasih pada semua anak2 yang dengan sungguh2 membantu...alhamdulillah terubat juga rindu pada beliau yang telah selamat dipengabdiannya....
pelbagai program diatur...maklum la...niat nak menjamu tu sentiasa berada dalam fikiran dan semahuku aku ingin juga membuktikan bahawa aku juga boleh menguruskan program besar begini ...
sehari sebelum pernikahan aku jemput kengkawan yasinan ku membaca yasin selepas asar, kemudian malamnya ku sambung dengan program Marhaban potong jambul anak sedaraku...walaupun pun, aku rasa berbaloi dan terhibur juga...
paginya upacara akad nikah dilangsungkan...berjalan dengan lancar dan diikuti dengan majlis bersanding...amiin...
walaupun ada "hick-up" sana sini, tapi aku kira keseluruhannya majlis itu berjalan dengan jayanya...
aku sangat2 berterima kasih kepada abuyah ummiku, semua anak2ku, adik beradikku, ipar duai ku, kengkawanku dan pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya majlis tersebut.
kepada hamba Allah yang sangat dekat dihatiku, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana berada disisi dan juga membantu dari segala segi....semuga segala niat kita hanya kerana Allah SWT....
Subscribe to:
Posts (Atom)
























































